Jumaat, 29 Jun 2012

Euro 2012 - Separuh Akhir Kedua antara Itali dan Jerman


Owh... semasa entri ini disiarkan masih lagi berjelajah Eropah 2012. 

Seperti entri separuh akhir pertama pada 28 Jun 2012, semasa entri ini ditulis pada 21 Jun 2012, masih tidak tahu pasukan mana ke separuh akhir.  Apapun perlawanan pada jam 2:45 pagi waktu Malaysia. Perlawanan di Warsaw. Bersengkang matalah pada waktu itu ya..


Dan bersabarlah... Akan dikemaskini sekiranya berpeluang semasa Jelajah Eropah. Sekiranya tidak berkesempatan, tunggulah bila balik dari London nanti. Minta Ampun sangat-sangat sekiranya tidak sempat dikemaskini. 


Kemaskini dari Praha, Repulik Czech pada 26hb Jun 2012 jam 8:39 malam:  Itali akan menentang Jerman pada separuh akhir ini. Siapakah zang akan berjaza ke akhir? Adakah Jerman? Adakah Itali the Azzuri?  Jom saksikan pagi ini. Selamat bersengkang mata...

Khamis, 28 Jun 2012

Euro 2012 - Separuh Akhir Pertama - Portugal lawan Sepanyol



Semasa entri ini disiarkan masih berjelajah Eropah. Pasukan manakah ke separuh akhir pertama pada 28 Jun 2012 ini di Donesk?. Apapun perlawanan. Secara serius, memang pada ketika entri ini ditulis, jawapannya tidak tahu. Jika berkesmpatan akan dikemaskini semasa Jelajah Eropah. Jika tidak, tunggulah sehingga balik Malaysia dengan selamatnya.

Kemaskini dari Praha: Portugal akan menentang Sepanyol. Berjayakah Cristiano Ronaldo membawa Portugal ke akhir? atau Sepanyol akan mengembirakan penyokong mereka malam ini? Berjasakah Torres nanti kepada pasukan Sepanyol? Saksikan perlawanan ini pagi nanti...

Rabu, 27 Jun 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 11: Catatan dari Berlin

Alhamdullilah. Selamat jelajah di Prague selama 3 hari. 

Hari ini akan ke  Berlin pada jam 7:30 pagi waktu Praha dengan bas Student Agency. Mengikut kaunter bas di stesen bas Florence Praha, perjalanan akan mengambil masa selama 5 jam setengah. Harapan semuanya selamat di Berlin nanti.

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 10: Catatan dari Praha

Catatan dari Prague


Perjalanan dari Paris ke Praha mengambil masa selama lebih kurang 15 jam dengan bas eurolines dari stesen bas Paris Gallieni. Owh.. Sungguh banyak perhentian di singgah untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Hentian terakhir mengambil penumpang ialah di Strousbourg. Mengiring ke kiri. Mengiring ke kanan. Melunjur kaki. Menyila panggungkan kaki. Segalanya dibuat untuk mengelakkan kelenguhan dalam bas ini.

Dan akhirnya sampai di stesen bas Florence Praha pada jam 4.30pagi. Dan pada waktu itu, suasananya telah cerah terang benderang mengalahkan Sabah dan Sarawak pada pukul 6:30pagi.

Setelah membersihkan diri lebih kurang di toilet stesen bas itu yg mengenakan bayaran euro 0.40, mula menapak mengusung backpack yg berat itu mencari Hotel Karlin zang telah diaimkan tetapi tidak ditempah itu. Setelah jumpa hotel itu di jalan Slokovia, reception mengatakan tiada kekosongan. Aduh! Di Prague ini, kami belum menempah hostel kerana jadual perjalanan yang tidak tetap. Beberapa hostel yang ditemui penuh. Akhirnya mengambil keputusan untuk mencuba hostel di stesen Florenc. Ada kekesongan dan kami dibenarkan untuk mendaftar awal. Lega. Dan bilik berdua yang berkongsi kemudahan bilik air dan dapur itu nampaknya sangat selesa.

Catatan ini mendahului catatan dari Paris kerana Hostel ini menyediakan kemudahan komputer percuma pada pelanggannya. Akan kemaskini sepenuhnya catatan ini apabila selesai Jelajah Eropah 2012 nanti.


Isnin, 25 Jun 2012

Euro 2012 - England lawan Itali


Nampaknya setakat ini God still saves the Queen. England berjaya ke suku akhir. Tapi mampukah pula England melangkah ke separuh akhir? Rodney telah selesai hukumannya dan telah bermain pada perlawanan yang lepas. Mampukah dia pagi ini memastikan bahawa England ke separuh akhir? Atau Itali akan jadi benteng halangan kepada England nanti? Sebenarnya ramai yang meramalkan early exit untuk England dalam  Euro 2012. Tapi kita saksikan nanti pada jam 2:45 pagi, pasukan mana yang ke separuh akhir.


Nota: Entri ini disiarkan secara berjadual. Kemaskini akan buat sekiranya berpeluang menjumpai kafe siber semasa Jelajah Eropah 2012.

Kemaskini dari Praha pada 26 Jun 2012: God has not saved the Queen kali ini. England kalah penalti dengan Itali. Owh England zang kusokong!! 

Ahad, 24 Jun 2012

Euro 2012 - Sepanyol lawan Perancis


Jam 2:45 pagi ini, akan berlangsung perlawanan peringkat suku akhir antara gergasi bola Sepanyol dan Perancis. Mampukah Juara bertahan Sepanyol bersama barisan Iker Casillas, Inertia, Xabi, Alonso, Fernando Torres melangkah lebih jauh ke separuh akhir dengan menewaskan Perancis pagi ini? Atau adakah Samir Nasri dan pemain-permain Kelab Arsenal yang lain mampu menghalang kemaraan Sepanyol ke separuh akhir pada pagi ini? Debaran bermula. Jom menyengkang mata pada jam 2:45 pagi nanti.


Nota: Entri ini disiarkan secara berjadual. Kemaskini akan buat sekiranya berpeluang menjumpai kafe siber semasa Jelajah Eropah 2012.

Kemaskini dari Praha pada 26 Jun 2012: Peranchis 0  - Sepanyol 2. Sepanyol ke separuh akhir.  Viva Espana

Sebenarnya menyaksikan perlawanan ini di Eiffel Square di Paris. Tapi hanya setakat separuh masa pertama sehingga gol pertama Sepanyol. Kami cepat-cepat balik dari square itu kerana tidak mahu bersesak-sesak dalam tren ke stesen Anver dan Hostel Perfect. Sebelum boleh masuk square itu, perlu diperiksa dahulu oleh polis Perancis. Suatu langkah keselamatan. 

Catatan kemaskini lanjut mengenai Jelajah Eropah 2012 akan dibuat nanti. Bersabar...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...