Rabu, 11 Januari 2012

Jelajah Eropah 2012 - catatan 1

Detik kiraan 'countdown' ke tarikh 22 Jun 2012 telah dimulakan. Kami akan menjelajah Eropah selama 18 hari pada tarikh tersebut.



Perancangan perjalanan bagi program 'Jelajah Eropah 2012' telah disediakan secara kasar. Suatu perjalanan secara backpacking seramai tiga orang. Kami akan berlepas pada pagi 22hb Jun 2012 dari LCCT, Kuala Lumpur ke Orly, Paris. Kemudian berlepas ke Geneva dan Zurich di Switzerland. Dari Zurich kami akan ke Vienna. Selepas tu, pergi ke Prague di republic Chech. Dari Prague ke Berlin, ke Amsterdam, ke the Hague, ke Brussel dan terus ke London sebelum ke Edinburgh. Dari Edinburgh kembali ke London untuk terbang balik ke Kuala Lumpur pada 8hb Julai 2012.

Sekarang perlu meneliti tiket tren dan bas di tempat yang disebut tadi selain dari meneliti tempat tidur. Hostel dan bed & breakfast menjadi pilihan kerana harga yang lebih murah dari hotel.

Dan owh.. Tiket ke Orly telah dibeli. Teruja. Amat teruja menanti hari tersebut.

Kemas kini- Air Asia baru mengumumkan pada petang 12/1/2012 bahawa penerbangannya ke sektor Eropah dihentikan mulai April 2012. Kami perlukan strategi lain walaupun tiket telah dibeli.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga berjaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...