Selasa, 19 Jun 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 8

Malaysia Airlines b777-200


56 jam ke Eropah secara backpacking.

E-tiket ke Paris telah diperolehi. Kebenaran keluar negara daripada ketua jabatan juga telah diperolehi. Insuran perjalanan telah dibeli. Pasport telah lama tersedia. Mata wang Euro dan Sterling telah ditukar. Hampir bersedia sepenuhnya. Dan kelihatannya diri ini juga telah bersedia walaupun rasa gemuruh dan teruja bersilih ganti menunggu 21 Jun 2012.

Kami akan ke Paris dengan kapal boeing 777-200 di atas, jam 11.35 malam melalui KLIA dan mendarat turun di Roisy Charles De Gualle, Paris.

Cumanya e-tiket Malaysia Airlines untuk penerbangan balik dari London ke Kuala Lumpur masih belum diperolehi daripada Air Asia X. Dua emel bertarikh 13hb dan 16hb Jun 2012 tidak langsung berjawab kali ini. Sebelum ini, emel-emel yang dihantar akan sekurang-kurangnya dijawab walaupun e-tiketnya tidak disertakan seperti yang pernah diceritakan dalam catatan yang lalu. 
Owh... kami memerlukan e-tiket untuk balik dari London ke Kuala Lumpur dengan segera bagi membolehkan kami menjawab soalan imigresen Paris dan London sekiranya mereka memerlukan bukti bahawa kami memang akan pulang ke Malaysia dan bukan bercita-cita hendak tinggal di negara Eropah itu! selain itu, e-tiket awal itu jugak akan membolehkan kami menguruskan dengan Malaysian Airlines sama ada kami boleh diupgradekan ke kelas business mengunakan mata enrich kami. Air Asia X ohh Air Asia X... tolonglah percepatkan e-tiket kami. Hari ini menghantar sekali lagi emel ke Air Asia X. Harapannya emel ini dijawab.

 Ya Allah, permudahkan semuanya bagi kami dalam Jelajah Eropah 2012 ini.


Kemaskini Catatan 8: E-tiket untuk perjalanan balik dari London ke Kuala Lumpur telah diperolehi daripada Air Asia X beberapa minit selepas entry ini disiarkan. Terima kasih tim preflight Air Asia X - Natasha, Noel, Firdaus, Afif, Hidayah - atas kerjasama anda melalui komunikasi emel.

Nota: gambar hiasan, jika ada,  diambil dari internet  dan mungkin mempunyai hakcipta



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...