Sabtu, 19 Januari 2013

Mabuhay Escapade 2012 - Catatan 5 (It's more fun in the Philippines)




Khamis.

Malam.

4hb Oktober 2012

Setelah masuk ke bilik di Hostel Malvar, kami mula membuka beg masing-masing. Bekalan makanan - brahim dan maggi - dikeluarkan dan diletakkan setempat. Soket extension elektrik yang dibawa juga dikeluarkan. Telefon bimbit perlu dicaskan semula. Extension eletektrik ini akan memudahkan kami mengecas telefon bimbit masing-masing tanpa perlu berebut soket elektrik yang disediakan Hostel Malvar. Sebenarnya mana-mana hotel pun selalunya hanya menyediakan satu sahaja soket dalam bilik. Kalau bawa komputer riba, tambah lagi dengan ipod, dan telefon bimbit, memang tidak cukup soket itu. Dan sangat menyusahkan. Jadi sila bawa extension elektrik sendiri untuk menyenangkan diri dan rakan kembara anda. Ngeee... 

Setelah membelek-belek beg yang telah dibuka itu, baru tersedar yang malangnya tiada seorang pun antara kami membawa travel adapter. Terasa sia-sia pula membawa soket extension elektrik.

Ini dibawa

Ini pula tertinggal




Haaishh...

Encik Moon mengambil langkah bijak dengan cuba bertanya di kaunter hostel sama ada boleh meminjam adapter kerana soket elektrik di Filipina tidak sama dengan pengecas bateri telefon bimbit kami. Malangnya Encik Jerome dari kaunter memberi cadangan balas agar kami membeli adapter di Robinsons Mall atau kedai-kedai sekitar hostel.

Jadi malam itu setelah selesai mandi, kami pun menapak ke Robinsons Mall. Setelah mendapat tunjuk arah daripada Encik Jerome dari kaunter, kami memulakan misi mencari travel adapter di Robinsons Mall. Sebenarnya hanya dua blok dari Hostel kami. Sangat dekat. Dalam sepuluh minit berjalan sudah sampai.

Di Mall tersebut, selain membeli adapter, kami juga membeli susu, cereal, dan buah-buahan epal dan limau sebagai tambahan stok makanan yang dibawa dari Malaysia. Nampaknya ada juga produk makanan jajan yang halal dijual di Robinsons ini. Tanda halal itu datang dari Malaysia, Indonesia dan Thailand. Terus hati kami menjadi lega. Sekurang-kurangnya kalau dalam lima hari ini kami tidak berjumpa kedai makanan halal di Manila yang telah kami senaraikan mengikut homework yang kami buat sebelum bertolak ke Manila, kami tidaklah perlu hanya makan buah sahaja! Heee....




Dan ada juga panggung wayang di sini. Di tingkat paling atas. Tetapi kami tidaklah menonton apa-apa cerita malam itu. Selepas membeli dan berjaya mendapatkan travel adapter, kami terus balik ke hostel. Dan sebelum masuk ke bilik, Encik Moon memberitahu kaunter bahawa kami perlukan air panas, tetapi tidak nampak pula di mana disediakan kemudahan itu untuk kami ambil. Encik Jerome yang baik hati itu memberitahu yang dia akan hantar air panas yang diperlukan ke bilik. Wah.. Malvar Hostel ini nampaknya bukanlah sebuah hostel pun.

Untuk malam pertama ini, nampaknya memang its more fun in the Philippines.


nota: gambar tertentu  diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Ahad, 13 Januari 2013

Perjalanan Bikin Panas 2012 (Kemas Kini)



25hb - 27hb Januari 2013.

Perjalanan Bikin Panas ke Segamat bersama Encik Moon telah diatur. 

Khusus ingin ke taman perumahan yang dikenali sebagai Taman Dedap. Tujuannya hanyalah ingin menziarah seorang rakan yang bekerja di UITM Segamat. Harapnya dia tidak sibuk. Maklumlah... hujung musim peperiksaan di UITM memerlukan pensyarahnya sibuk memeriksa skrip jawapan dan memberikan markah kepada pelajar-pelajarnya.



Kepada adik-adik pelajar UITM Segamat, semoga dapat markah dan gred yang cemerlang daripada para pensyarah UITM yang sangat da boom...




(KEMAS KINI 29/1/2013: PERJALANAN BIKIN PANAS INI DIJADULAKAN SEMULA PADA 1HB - 3HB FEBRUARI 2012)

(KEMAS KINI 24/1/2013: ATAS SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN, PERJALANAN BIKIN PANAS PADA TARIKH YANG DINYATAKAN DIATAS DIBATAL)

Nota: gambar-gambar diambil dari internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...