Sabtu, 11 Ogos 2012

Penang Village Alamanda

Semalam petang iftar di Penang Village, Alamanda, Putrajaya.

Sangat ramai orang di Alamanda. Maklumlah ramai penjawat awam yang menerima bayaran imbuhan khas semalam. Nampak janji dah ditepati. Nanti-nanti kenalah penjawat-penjawat awam membalas budi. Hahahah....

Sebenarnya tiada pun tempahan awal di Penang Village. Cuma terus pergi ke Alamanda selepas waktu pejabat dan membuat pertanyaan terus di restoran itu sama ada masih boleh menerima 4 orang pelanggan untuk berbuka. Nasib baik masih ada kosong. Terus membuat tempahan dan memilih meja di kawasan terbuka di luar restoran yang berhampiran fountain. Table F61 kata pelayan perempuan itu.




Ujian besar berbuka di luar ialah menjaga waktu solat Maghrib pada pukul 7:29 malam itu. Owh tidak....

Terima kasih Arif, Arif dan Zahid yang beriftar bersama....




nota: gambar dari koleksi gambar facebook Alias dan mungkin mempunyai hak cipta

Selasa, 7 Ogos 2012

Total Recall dan The Dark Knight Rises

Total Recall dan The Dark Knight Rises. Semalam Isnin, cuti umum di Selangor. Mengambil kesempatan untuk ke Jaya Jusco  Cheras Selatan. Sesampai ke situ, terus menuju ke bioskop untuk membeli tiket wayang secara marathon. Dan ya, cerita pilihannya ialah Total Recall dan The Dark Knight Rises. Tayangan Total Recall bermula pada pukul 11.45 pagi dan dikuti dengan cerita The Dark Knight Rises pada pukul 2.30 petang.

Ceritanya boleh tahan. Tidak bosan, tidak mengantuk dan tidak terasa masa berjalan semasa menonton kedua-dua filem itu. Sinopsisnya? Klik untuk sinopsis Total Recall  dan The Dark Knight Rises dan bacalah sendiri di pautan itu.

Colin Farell dalam Total Recall


Christian Bale dalam The Dark Knight Rises



Yang belum menonton kedua-dua filem ini, pergilah menontonnya. Tidak rugi menonton filem-filem ini daripada menonton filem cinta atau filem seram yang tidak ketahuan punca dan penceritaannya.

nota: gambar hiasan dari laman sesawang dan mungkin mempunyai hak cipta

Isnin, 6 Ogos 2012

Pasar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Ahad semalam telah memecah rekod puasa pada tahun 2012.

Pertama kalinya menjejak kaki ke pasar ramadan setelah 14 hari berpuasa. Itupun setelah berjanji hendak berbuka dengan seorang rakan di  Stable Steak di Kampung Baru. Perjalanan ke sama dengan mengunakan LRT kerana memikirkan kesesakan hendak memakir kereta di Kampung Baru yang sesak. Kereta ditinggalkan stesen komuter UKM.

Sampai di stesen Kampung Baru ketika azan Asar sedang dilaungkan. Menapak dari stesen ke arah masjid Kampung Baru. Banyak juga gerai makanan sepanjang perjalanan. Ada roti tempayan. Ada mini bread (walaupun rupanya nampak macam roti john dalam size yang lebih kecil). Dan owh... ada gerai yang menjual pulut mangga! Nampak sangat menyelerakan.

Tapi terus menapak sehingga ke masjid. Selesai solat Asar, mereka mengedarkan bubur lambuk. Sempat beratur dan mendapat sebungkus bubur lambur yang terkenal itu. Sebenarnya kali pertama dapat percuma bubur ini walaupun sudah bertahun duduk di Lembah Klang mencari rezeki.

Pasar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru

Kemudian terus pulak menapak ke Jalan Raja Alang. Memang meriah dengan gerai-gerai makanan sepanjang jalan itu. Dan kali ini ada pula yang menjual pulut durian!! RM4.00 sebungkus. Terus dibeli. Sebenar lebih tepat pulut dan serawa durian. Kemudian berpatah balik ke stesen LRT kerana berjanji dengan rakan itu akan berjumpa di situ pada pukul 5:30. Dalam perjalanan balik ke  stesen,  ada pula ahli-ahli PAS sedang membahagi bubur lambuk percuma dari pusat khidmat masyarakat kawasan parlimen Titiwangsa. Dapat sebungkus lagi bubur lambuk. Alhamdulillah makanan bersahur dah tersedia.

Owh... kalau ikutkan hati, banyak lagi makanan yang ingin dibeli...


nota: gambar hiasan dari laman web dan mungkin mempunyai hak cipta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...