Menunggu 10hb April 2014.
Perjalanan ke Bangkok kali ini dengan Tren No. 36 - Ekspres Antarabangsa dari Butterworth. Bertolak pada pukul 2:30 petang 10hb, di Butterworth dan dijangka sampai esoknya 11hb, pukul 12:30 di Stesen Hua Lampong, Bangkok. Yang dihitamkan dalam gambar itu nama yours truly, dan gerabak serta kerusinya dalam tren itu. Nanti terjumpa pula kalau didedahkan. Haisshh...
Bagaimana mahu ke Butterworth?
Hahah... dengan Firefly dari Subang ke Bayan Lepas di Pulau Pinang pada pukul 10:20 pagi dan selepas itu ke Jetty dengan bas. Dari Jetty, naik feri ke Butterworth. Insya-Allah sampai ke stesen Keretapi Butterworth itu. Kenapa naik Firefly? Harganya sama seperti harga bas - hanya RM49.00 sahaja termasuk bagasi. Harap Firefly tidak buat perangai pelik-pelik. Sudah dua kali masa berlepasnya ditukarkan. Dari waktu asalnya 10:10 pagi, ke 9:55 pagi, ke 10:20 pagi. Pengsan dengan tiga kali tukar waktu itu. Nasib baik, masih pada waktu pagi.
Doakan yang baik-baik untuk perjalanan kali ini...
Ameen.