Jumaat, 14 Jun 2013

Perjalanan Gah A382: Catatan 4 (Carta Kedudukan)


Pukul 11:40 malam, Terminal C KLIA.  MH02 sepatutnya berlepas. ke Lapangan Terbang Heathrow 

Sekiranya tiada aral, kapal ini berlepas menuju ke destinasi yang disebutkan. Daftar masuk telahpun dibuat secara di atas talian 48 jam sebelum ini dan telah memilih kerusi 14K di tingkat atas A380. Sebenarnya daftar masuk melalui web itu dibuat dengan niat ingin mendapatkan kerusi depan dan di tepi tingkap. Tetapi nampaknya semua kerusi di kelas perniagaan itu telah dipenuhi. Tiada pilihan kecuali di kerusi 14K itu. Tidak mengapalah. Masih di tepi tingkap walaupun agak kebelakang sedikit.


Err... bukan carta kedudukan lagu-lagu hit tapi carta kedudukan kerusi dalam penerbangan - seating chart. Heee... Maaf yea... Harapannya penerbangan ini berjalan lancar tanpa gegaran dan semuanya selamat sampai ke London pada pukul 5:50 pagi waktu London. Dan harapannya juga semoga perjalanan ini dipermudahkan Allah.

 Amin.

Khamis, 13 Jun 2013

Panggilan Hanoi: Catatan 2 - Restoran Nisa


29hb Mei 2013
 
Hanoi

Seharian hari ini dihabiskan dengan menghadiri seminar dan pembentangan di Hotel Nikko, Hanoi. Bersarapan seawal jam 6 pagi dan kemudiannya pada jam 8:30 pagi diteruskan dengan acara perasmian dan pembentangan seterusnya sehingga ke petang. Sebenar malam 28hb Mei 2013 sesi pertama telah dimulakan dengan pendaftaran dan pembentangan. Semasa mendapat atur acara terkini daripada urusetia semasa mendaftar malam tadi, diberitahu bahawa slot aktiviti kembara ilmu pada hari kedua nanti ialah aktiviti ke Halong Bay. Wah... nampaknya sampai jugalah ke Halong Bay. Tak perlu lagi mencuri masa nak ke sana.
 
Hari ini sebenarnya sempat juga menjengah ke pasar Dong Xuan semasa seminar berehat pada waktu tengahari. Dekat saja dari Hotel Nikko. Dengan teksi tidak sampai pun 10 minit. Dan masih juga sempat menghadiri seminar sesi petang walaupun terlewat selama 30 minit. Tugas rasmi ini mesti ditekuni dengan taat.
 
Di pasar ini banyak sungguh kain-kain ela yang dijual di tingkat 2. Tetapi orang lelaki manalah tahu menengok kain-kain ini. Hanya teman-teman perempuan sahaja yang bersungguh-sungguh membeli dari satu gerai ke gerai yang lain. Berjenis kain yang dipotong 4 meter dan dibeli mereka. English cotton kata mereka. Murah juga kata mereka. Adoyai...
 
Selepas selesai seminar pada pukul 5 petang, pergi pula ke kawasan Old Quarter. Wah... ini memang kawasan pelancong. Banyak kedai tersusun dari satu lorong ke satu lorong. Suasananya memang meriah. Sempat membeli poskad dan setem di sini untuk diposkan ke Malaysia. Tetapi setakat entri ini disiarkan hari ini, nampaknya poskad-poskad ini masih belum diterima sesiapa lagi nampaknya.
 
 
Walaupun makan malam ada disediakan pada pukul 7 malam di hotel, kami memilih untuk makan di luar sahaja kerana ingin merasa makanan Vietnam. Terus mencari restoran Nisa dan makanan di situ. Musik yang dipasang  menjadi latar belakang di restoran sungguh klasik kedengarannya. Lagu-lagu Melayu zaman P Ramlee dahulu. Sungguh 40an dan 50an rasanya. Di restoran ini juga ada dijual telekung.
 
 
Selesai makan, keluar sahaja dari restoran itu, terdapat beberapa orang penjual barang telah menunggu kami dan beria-beria cuba menjualkan barangan seperti baju, dompet dan barang-barang kraf yang lain. Dan mereka menerima ringgit Malaysia.
 

 
Akhirnya termakan juga kami dengan pujuk rayu mereka yang bersungguh itu. Belilah juga beberapa barangan yang mereka jual itu. Dan sempat pula bergambar dengan Than, seorang yang menjual barangan kulit.
 
Heee...

Rabu, 12 Jun 2013

Senandung Mahsuri Berdarah Putih: Catatan 3 (Web Zone)

 
16hb Mei - 20hb Mei 2013.
 
Senandung Mahsuri Berdarah Putih.
 
Di  Langkawi, Kedah.
 
Seperti yang diberitahu dalam catatan lepas, kedatangan kami ke Langkawi kali ini bersamaan dengan Pesta Air 2013. Banyak juga aktiviti yang diadakan di sekitar Pantai Ceinang sepanjang tiga hari pesta itu diadakan. Terdapat ragbi pantai, futsal pantai, takraw dan sepak raga bulat, tarik tali, senamrobik 1Malaysia, aktiviti jualan dan gerai dan juga persembahan pentas. Dua malam kami menjadi penonton tetap di hadapan pentas Pantai Cenang itu menyaksi persembahan Ella, Amy Search, Bunkface, Pretty Ugly, Nasir Wahab dan Ifa Raziah. Dua malam artis Ifa Raziah mendangdutkan lagu - putih-putih melati, merah-merah delima, siapa yang baik hati, pastiku terima. Tergiang-giang lirik itu sampai sekarang. Adoyai... Encik Moon pula nampaknya sangat terhibur dengan persembahan artis Nasir Wahab. Bersungguh juga dia merakamkan persembahan artis itu dengan handycamnya. Hee..
 
Jom lihat beberapa gambar kemeriahan aksi dan aktiviti pantai yang sempat dirakam sempena Pesta Air Langkawi 2013 ini.
 
 






 
 
 
 
 

 Cuma ada satu soalan sahaja dalam Pesta Air ini. Kawasan Simbah Kuyup dalam gambar yang atas sekali itu kawasan Web Zone atau kawasan Wet Zone? Opps...

Selasa, 11 Jun 2013

Senandung Mahsuri Berdarah Putih: Catatan 2 (Laksa Power)

 
 
16hb Mei - 20hb Mei 2013.
 
Senandung Mahsuri Berdarah Putih.
 
Di  Langkawi, Kedah.
 
Kalau sampai ke Langkawi, tentulah tidak sah kalau tidak makan laksa power di tepi lapangan terbang Padang Matsirat. Dulu-dulu hanya ada satu sahaja gerai jual laksa ini dengan meja makan yang terhad. Kemudian bertambah dua gerai. Sekarang semakin bertambah pula gerai-gerai di tepi jalan itu. Malah sekarang telah ada kawasan parkir yang sempurna dan bertar berbanding dahulu yang kawasan parkirnya hanya bertanah dan berpasir saja. Dan owh... sila perlahankan kenderaan dan pandu dengan berhati-hati di sepanjang jalan ini kerana banyak kereta yang berhenti di tepi jalan.
 
Kawasan gerai laksa power ini memang cantik. Di tepi laut dan bersebelah pula dengan lapangan terbang. Sambil-sambil makan, dapat menikmati pemandangan laut dengan sapaan angin laut dan sekali-sekala melihat kapal terbang mendarat atau berlepas. Haruman laksa dan cendol pulut memang membuka selera dan menambah lagi keindahan berada di kawasan itu pada waktu petang di bawah redupan pokok-pokok. Di sebelah gerai Laksa Power, ada sebuah gerai lain yang menjual laksa ikan sekoq. Makanlah di mana-mana gerai pun. Sama sedap rasanya.
 
 
 



Sepanjang berada di Langkawi kali ini, kami singgah makan di sini sebanyak dua kali. Kali pertama makan laksa dan kali kedua pun makan laksa juga. Cuma Encik Moon saja yang kali pertama makan rojak mahsuri. Mungkin laksa bukanlah makanan kegemaran Encik Moon. Heee...

Makanan yang harus dicuba ialah laksa, cendol pulut dan air teh bunga. Kalau mampu menghabiskan, pesanlah juga rojak mahsuri.


 
Adik-adik ini sempat pula bermain air laut ketika ibubapa sedang makan di gerai. Gembira sungguh nampaknya mereka bermain air dan pasir di situ.
 
Jangan lupa singgah kalau ke Langkawi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...