Pengsan mencari bekas atau tong air petang ini.
Habis bekalan tong atau bekas air ini gara-gara pengumuman Menteri Besar Selangor hari ini bahawa air di negeri Selangor akan dicatu mulai esok. Setiap rumah di Selangor akan dapat bekalan selama dua hari, dan selepas itu dicatu selama dua hari. Bergilir-gilir bekalan akan disalur mengikut zon. Hanya sempat membeli tong di atas semasa balik kerja. Hanya itulah saja bekas yang tinggal, yang lain telah habis diborong orang lain. Harapnya cukuplah untuk simpanan air selama dua hari sekiranya benar catuan dibuat. Kalau tidak, terpaksalah mencari lagi bekas air di kedai esok.
Nampaknya tidak mandi pagilah pergi ke tempat kerja pada hari-hari air dicatu.
Adoyai...