Sabtu, 3 Januari 2015

What Comes Around, Goes Around 3

Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!” - Travel3Sixty
Ahem...

"Menteri Pengangkutan Indonesia Ignasius Jonan berang dengan AirAsia Indonesia yang didakwa tidak mematuhi prosedur, menurut laporan detik.com

Menteri itu dilaporkan marah selepas melawat ibu pejabat penerbangan itu di Jakarta bagi meninjau tatacara prapenerbangannya.

Memetik kenyataan menteri itu, detik.com melaporkan Jonan memberi amaran tegas yang tindakan akan diambil terhadap sebarang pelanggaran.

"Pak Jonan marah-marah di pejabat AirAsia. Marah besar," kata Hadi M Djuraid, kakitangan khas kepada menteri perhubungan, lapor detik.com.

Menurut Hadi, Jonan mendapati AirAsia melangkau satu tahap prosedur.

"Sebelum berlepas, juruterbang seharusnya mendapat taklimat secara langsung oleh pegawai operasi penerbangan (FOO) khususnya mengenai cuaca.

"Tetapi AirAsia selama ini cuma bergantung kepada lamanweb Badan Meteorologi, Cuaca, dan Geofizik (BMKG)," kata Hadi.

Sementara itu, akhbar Tempo melaporkan seorang pengarah AirAsia Indonesia yang tidak dinamakan mengaku penggunaan maklumat cuaca penerbangan dari BMKG adalah "cara tradisional" mereka.

Menurutnya dengan cara itu, juruterbang membaca terus laporan cuaca itu tanpa perlu mendengarnya dari pegawai operasi penerbangan.

Namun, menteri bertegas agar AirAsia Indonesia menambah bilangan pegawai operasi penerbangan agar kecelakaan yang sama tidak berulang."

Jumaat, 2 Januari 2015

What Comes Around, Goes Around 2

“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!” - Travel3Sixty

Ahem..

"Presiden AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko mengesahkan seorang juruterbangnya dikesan positif dadah jenis morfin.

Namun jelasnya, ia kerana pengambilan ubat batuk, lapor media tempatan, Tempo.

Sunu dalam sidang media di Jawa Timur berkata, juruterbang itu baru sahaja mendapat rawatan hospital kerana dijangkiti demam tifus dan masih mengambil ubat untuk memulihkan penyakitnya.

Sunu menambah, juruterbang, yang mendapatkan rawatan pada 26 hingga 29 Disember lalu, turut mengambil ubat batuk yang mempunyai kesan seakan-akan positif dadah.

"Ubat batuk seperti itu dapat memberikan hasil seolah-olah positif (dadah). Tapi, setelah diteliti lagi, (kesannya) boleh hilang," Sunu dipetik sebagai berkata.

Tempo juga melaporkan Sunu sebagai berkata, penilaian lanjut terhadap juruterbang itu harus dilakukan kerana juruterbang itu tidak mempunyai rekod kerja buruk.

"Untuk pemeriksaan lebih lanjut, kami akan bekerja sama dengan Badan Narkotika Nasional," Sunu dipetik sebagai berkata.

Pagi tadi, seorang juruterbang AirAsia dilapor positif dadahsetelah menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Bali.

Beliau menerbangkan pesawat dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali dengan pesawat AirAsia QZ7510.

Dengan penemuan tersebut, juruterbang itu kini tidak dibenarkan membawa pesawat."

Rabu, 31 Disember 2014

What Comes Around, Goes Around

“Rest assured that your captain is well prepared to ensure your plane will never get lost. Have a safe flight!” - Travel3Sixty

Jangan bongkak dan takbur. Tuhan membalasnya tanpa diduga.

Ahem....

Belangkasuwa QZ8501..

Berpetualangan Di Tanah Jawa: Nota 2


Gunung Batok, Bromo dan Semeru

Maha Suci Allah yang menciptakan.

Kagum dan terpegun.

Hanya mampu mengucapkan Subhanallah apabila melihat keindahan ciptaan Allah ini.

Alhamdulillah akhirnya hasrat untuk melihat keindahan alam ini dimakbulkan Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...