Sabtu.
3:00 petang.
17hb Mei 2014.
Panggung Sari, Istana Budaya.
Walaupun telinga masih sakit akibat jangkitan, tetap juga gigih ke Istana Budaya untuk menyaksikan bagaimana karya besar Hamka ini diterjemahkan dalam bentuk teater dalam pesembahan petang matinee.
Hmmm... agak kecewa. Dan tidak adil untuk karya sebesar itu diterjemahkan sebegitu terutama bagi babak para jemaah haji yang perlu bermalam di Muzdalifah dengan ada unsur LGBT dalam lakonan Zahid AF sebagai tuan dan Adi Putra sebagai peneraju teater. Walaupun mungkin penerbit dan pengarah ingin ingin mewujudkan rasa lelucon bagi mencuit rasa penonton, tetapi tidak kena tempatnya. Teater ini patutnya padat dan sarat dengan falsafah, keagamaan dan unsur kemanusiaan yang tinggi.
Suasana keindonesian yang pekat dalam karya besar ini juga gagal diterjemah dengan baik oleh pengarahnya. Latar belakangnya sangat terkini dengar unsur kampung Malaysia. Dan di manakah suasana tahun 1930-an yang melatari novel besar ini? Alangkah baiknya jika latar 30-an dan suasana keindonesian itu terselit dalam teater ini dan kekal sepanjang pementasan. Penonton rasanya menjadi keliru dengan latar belakang, cara percakapan dan gerak tari pelakonnya.
Mungkin boleh diperbaiki sekiranya karya sebesar ini ingin dipentaskan lagi.
Maaf, ulasan yang terlewat.
Maaf, ulasan yang terlewat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan