Sabtu, 12 Januari 2013

Mabuhay Escapade 2012 - Catatan 4 (Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino)



Khamis

4hb Oktober 2012.

Perjalanan ke Manila bermula hari. Bersama Encik Moon.

Bersiap sedia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi dari Raudhah Kasturi. Kali ini mengunakan Backpack Deuter Traveller 70 + 10 yang dibawa dalam Jelajah Eropah pada bulan Jun 2012 yang lepas. Tetapi backpack itu ringan sahaja kali ini kerana perjalanan ke Manila ini hanyalah 6 hari sahaja termasuk kedua-dua hari perjalanan pergi balik dan tidak ada perjalanan ke sana sini menukar hostel atau lokasi seperti dalam Jelajah Eropah 2012.  Dan detachable beg 10 liter itu tidak dibawa bersama kerana rasanya tiada keperluan. Sebaliknya membawa backpack deuter yang lain.

Sampai sahaja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, telefon bimbit blackberry mula meragam. Entah apa silapnya, asyik terpadam sahaja apabila ingin memubuat panggilan. Mujurlah Encik Moon tidak merayau-rayau dalam terminal KLIA itu. Dia ada berhampiran kaunter C, tempat mendaftar masuk untuk penerbangan antarabangsa. Kalau tidak susah juga hendak mencari Encik Moon dalam KLIA yang luas itu tanpa telefon.

Selesai urusan mendaftar masuk, terus kami turun ke food court KLIA di tingkat 2 untuk makan tengahari dahulu sebelum masuk ke pelepasan antarabangsa. Di sini lebih murah berbanding makan di dalam terminal pelepasan ataupun di aras mendaftar masuk tadi. Lagipun masih awal dan masih ada banyak masa. Kalau tidak makan, nanti lapar pula sementara menunggu masa memasuki kapal terbang dan pelepasannya pada jam 1:40 tengahari  sehingga makanan dihidangkan dalam MH802 itu.

Kenyang.

Bergerak ke pelepasan antarabangsa, melepasi kawalan imigresen menggunakan pintu automatik dan kemudiannya melepasi kawalan keselamatan. Walaupun pelepasan di pintu G2, tetap juga gigih menaiki tren ke terminal satelit C. Berjalan-jalan menengok kedai-kedai bebas cukai di terminal itu. Tetapi tidak membeli apa pun di sini. Dan tidak terpedaya dengan helah Encik Moon supaya membeli minyak wangi di kedai-kedai itu. Heee...

Kemudian kembali ke terminal utama, menuju ke pintu G2. Menunggu masa  menaiki kapal terbang. Sebelum itu kenalah mengisi borang pendaratan ke Manila. Dan ada juga borang peristiharan berapa banyak beg yang dibawa dan sama ada peralatan elektronik dibawa bersama. Encik Moon berasa ragu-ragu hendak mengistiharkan berapa banyak pesos yang dibawanya. Nampaknya dia bawa banyak pesos. Melebihi 10,000 pesos. Dan ada lagi dollar Amerika yang dibawa bersama. Kalau ikut borang itu, kena istihar dahulu jumlah tersebut. Tetapi, dengan yakinnya menyuruh Encik Moon menandakan jumlah yang dibawa kurang daripada 10,000 pesos. Tidak perlu dicampur dengan dolar Amerika. Heee...

Harapnya di Manila nanti tidaklah diperiksa jumlah pesos yang dibawa oleh kastam Filipina.

Lebih kurang lima belas minit kemudian, pengumuman menaiki pesawat dibuat. Kami bersabar kerana tempat duduk 9E dan 9F dalam Boeing 737-800 itu kena masuk kemudian setelah penumpang bersama kanak-kanak dan orang tua serta penumpang dari tempat duduk 14 hingga 29 diberikan keutamaan.

Perjalanan dengan MH802 ini mengambil masa empat jam lebih. Encik Moon nampaknya gembira melayan filem spiderman yang ditayang dalam penerbangan. Selainnya, tidur sahaja bagi menghabiskan masa 4 jam itu. Lagipun lampu pesawat memenag dimalapkan bila urusan makan-makan selesai.

Lebih kurang pukul 5:40 petang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila.  Beratur di Imigresen Filipina. Owh... sila sediakan maklumat mengenai perjalanan balik untuk dilihat oleh pegawai Imigresen. Nampaknya itu soalan wajib yang akan ditanya - bila balik ke Malaysia dan mana tiketnya. Apapun kami selamat mendapat cop masuk ke Manila daripada Imigresen Filipina. Berjalan menuju ke karosuel bagasi. Beg kami juga selamat tiba. Melepasi kawalan kastam yang hendak melihat berapa beg yang kami bawa dan istiharkan. Hanya melihat dan tidaklah sampai menyuruh kami membukanya. Alhamdullilah.

Kemudian kami mencari-cari kaunter teksi. Ada dua jenis teksi. Satu teksi yang menggunakan meter. dan satu lagi tambang tetap mengunakan kupon. Oleh kerana kami tidak tahu jalan-jalan di Manila ini, kami rasa lebih selamat menggunakan teksi berkupon dengan harga tetap. Rasanya orang di kaunter teksi bagi tahu kami bayarannya ialah 450 pesos untuk ke hostel kami di Jalan Malvar, Malate. Bayaran dibayar kepada pemandu apabila tiba di hostel. Dan kuponnya pun ditulis sebegitu.

Suasana telah gelap ketika kami keluar dari kawasan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino. Trafiknya juga agak sesak. Mungkin ramai yang baru balik kerja pada waktu itu. En Moon berbual-bual mesra dengan pemandu teksi yang cuba menjualkan perkhidmatan membawa kami mengelilingi Manila selama sehari semasa berada di sini dengan haraga 2000 pesos. Kami iyakan sahaja tawarannya itu sambil memberitahu kami akan menelefon beliau sekiranya kami ingin menggunakan perkhidmatannya itu. Bahasa langsung tidak menjadi masalah kerana orang Filipina memang boleh berbahasa Inggeris. Dan Encik Moon sempat juga menanyakan makna "matatag ma republika" yang kelihatan di plat-plat kereta Filipina. Menurut pemandu itu maknanya 'save the republic' - selamatkan republik.




Akhirnya kami sampai juga ke Malvar Hostel di jalan Malvar. Pemandu teksi cuba meminta tips daripada Encik Moon dan mengatakan jumlah bayaran teksi sebanyak 700 pesos. Tetapi Encik hanya memberikan 500 pesos dan memberitahu beliau yang lebihan tidak perlu dipulangkan. Lagipun di kaunter teksi sebelum ini telah jelas memberitahu harga hanya 450 pesos.

Urusan mendaftar masuk hostel sangat mudah. Hostel yang kami telah tempah melalui Agoda.com, namanya sahaja 'hostel', tetapi lebih kepada sebuah Hotel Butik. Sangat selesa.

Sekarang barulah boleh mengucapkan - SELAMAT DATANG KE MANILA!

Khamis, 10 Januari 2013

Undang-Undang 101 - Jenaka




Sekadar lawak jenaka mengenai undang-undang.

A lawyer defending a man in New York accused of burglary tried this creative defence: "My client merely inserted his arm into the window and removed a few trifling articles. His arm is not himself, and I fail to see how you can punish the whole individual for an offence committed by his limb."


"Well put," the judge replied.



"Using your logic, I sentence the defendant's arm to 5 years’ imprisonment. He can accompany it or not, as he chooses." 



The defendant smiled.


With his lawyer's assistance he detached his artificial limb, laid it on the bench, and walked out. ...Don't mess with Lawyers.....manipulation is their game !!

Heeee....


nota: jenaka dan gambar diambil dari laman internet.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...