Sabtu, 19 Mei 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 5

33 days to 'Jelajah Eropah 2012' (Journey of Europe, 2012).

"These are to request and require in the name of the Supreme Head of Malaysia all whom it may concern to allow the bearer to pass freely without let and hindrance, and to afford the bearer such assistance and protection as may be necessary."

And as promised in catatan 4, a new passport was made yesterday at Jalan Diplomatik, Putrajaya. It took only an hour for the new passport to be issued by the Immigration Department. It was an efficient service from the department. The new passport contains 48 pages for 5 years validity. Hahaha... the previous passport of 32 pages had never fall short of spaces for immigration stamp. So whether this new passport of 48 pages will be filled with immigration stamps of foreign countries, we will see within these five years ahead.

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru.

Terima kasih atas limpahan ilmu, pengalaman  dan kesabaran yang diberikan kepada anak-anak murid.

Hanya tuhan yang membalas.


Selasa, 15 Mei 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 4



Membelek-belek pasport.

Tarikh dikeluarkan 18 Oktober 2007. Tarikh tamat sahlaku 18 Oktober 2012. Tarikh Jelajah Eropah 21 Jun 2012. Owh tidak... tempohnya kurang daripada 6 bulan. Perlu perbaharui pasport. Ya... akan dibuat dalam minggu ini juga. Pasport keempat pastinya kali ini.

Kali pertama pasport dibuat pada tahun 1996. Sewaktu menjadi pelajar di Universiti tempatan dulu. Tujuannya pada waktu itu untuk ke Los Angeles, Amerika Syarikat mengikuti program rombongan Universiti. Dan ada visa Amerika Syarikat di pasport itu. Sahlaku pasport 5 tahun, tapi visanya 10 tahun. Sayangnya pasport itu hanya digunakan sekali dua sahaja. Tamat sahlaku pada tahun 2001. Perjalanan utamanya ialah ke negara Uncle Sam itulah pada tahun 1996. Kemudiannya digunakan sekali lagi pada tahun 2000 untuk ke Singapura.

Tahun 2001 membuat pasport ke-2. Tujuannya perjalanan kerja selama 2 minggu ke United Kingdom - London, Birmingham, Cardiff dan terus pula ke New York - Boston dengan British Airways. Pada waktu itu perlu juga membawa pasport lama kerana visa Amerika Syarikat yang tempoh sahlakunya sepuluh tahun itu ada di pasport lama. Hahah.. bawa 2 pasport sekaligus. Sekarang ini, tidak semudah itu Amerika Syarikat akan memberi visa. Perlu ditemubual dahulu. Fobianya mereka dengan orang Islam. Sebelum tamat tempoh 5 tahun pada tahun 2006, pasport itu dicop juga dengan cop imigresen Sabah dan Sarawak.

Tahun 2007 membuat pasport baru. Kali kerana perjalanan sendiri bersama kawan-kawan ke Bangkok. Pasport baru ini mempunyai cop imigresen Thailand, Perancis, United Kingdom, Indonesia, Hong Kong, Australia, Vietnam dan Singapura. Stamp perjalanan yang telah dilalui setakat ini. Dan untuk Jelajah Eropah 2012, pasport baru perlu dibuat. Semoga Allah memudahkan urusan kami dalam Jelajah Eropah 2012 ini

Jom pergi buat pasport baru untuk Jelajah Eropah 2012!!

nota: gambar sekadar hiasan dari internet

Isnin, 14 Mei 2012

Di mana kad kreditku?


Oh tuhan!! baru terperasan semasa mahu mengisi minyak kereta di stesen minyak yang satu slot dalam dompet yang selalunya ada kad kredit hsbc itu kosong. Mana pula diletakkan kad itu. Sepanjang ingatan sejak bayaran bulanan pada 1hb Mei dahulu, kad itu tidak pernah lagi digunakan. Tersalah letak atau memang ada kecurian? Berdebar-debar rasa hati. Kalaulah hilang kad itu, dan ianya diguna orang lain tanpa belas ehsan, betapa banyaknya yang harus dibayar nanti kepada bank.

Sampai di rumah, pantas menyelongkar almari, laci dan backpack deuter yang selalu di bawa ke sana sini itu. Tak jumpa juga. Tiada pilihan nampaknya. Terpaksa membuat panggilan ke call centre hsbc. Buat laporan kehilangan kad. Mujurlah ikut cakap khidmat pelanggannya tiada apa-apa perbelanjaan yang dikenakan ke atas kad yang hilang itu. Maksudnya, kad itu tidak disalahguna oleh sesiapa. Syukur... alhamdullah. Tapi caj penggantian kad baru RM50 perlu dibayar.

Benarkah hilang atau tersalah letak?

Terpaksa menunggu sehingga 2 minggu sebelum kad baru diterima. Sempatlah sebelum Jelajah Eropah 2012 bermula.


Kemaskini: kad baru telah diterima pada 22 Mei 2012


nota: gambar sekadar hiasan dari laman web hsbc





Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya"  (Surah Al-Ankabut: 8).

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar 'ibu'.

Seorang ibu sanggup berkorban apa saja untuk anaknya. Seorang anak belum tentu dapat berkorban untuk ibunya. Jasa dan pengorbannya seorang ibu itu sebegitu besar sehingga tercipta hadis palsu ini - "syurga itu di bawah tapak kaki para ibu". 

Apapun Islam tetap mengangkat darjat  seorang ibu.  Abu Hurairah berkata: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya, wahai Rasulullah siapakah yang perlu aku berikan bakti lebih?Rasulullah menjawab, "ibu kamu". Lelaki itu bertanya lagi,"kemudian siapa". Rasulullah menjawab, "ibu kamu". Lelaki itu bertanya lagi,"kemudian siapa". Rasulullah menjawab, "ibu kamu". Lelaki itu bertanya lagi,"kemudian siapa". Rasulullah menjawab, "bapa kamu" (direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).

Makanya wahai anak-anak sekaliannya, berbaktilah kepada ibumu. Owh.. klip di bawah ini menunjukkan kasih sejati seorang ibu kepada anaknya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...