Isnin, 5 Mei 2014

Tari Mahsuri Berlagu Muay Thai - Mukadimah


8hb - 12hb April 2014.

Mood bercuti ke Langkawi sedang dimuat naik.

Langkawi lagi. Heee..

Dan kali ini bersempena pula dengan penganjuran Muay Thai World Championship 2014 yang sedang berlangsung sejak 1hb Mei 2014 yang lalu hingga ke 10hb Mei 2014 di Langkawi.  Lebih tepat di Mahsuri International Exhibition Center (MIEC). Acara ini merupakan satu daripada senarai panjang acara bagi Tahun Melawat Malaysia 2014. 

Memang telah dirancang percutian ini sebegitu. 

Dan tentunya dengan penerbangan Firefly lagi. 

Dan tentunya penginapannya di Pantai Cenang juga. 

Dan sepatutnya pergi bersama Encik Moon. Tapi nampaknya, Tuhan tetapkan pergi berseorangan. Solo. Encik Moon ada urusan keluarga yang perlu dikendalikannya.





Gambar promosi yang sangat mengujakan dari laman Facebook IFMA Muaythai World Championship 2014. Mengharapkan sempat mengejar beberapa perlawanan di sana. Dan mungkin  menyaksikan aksi final di sana.  Dan merasai pengalaman melihat muay thai live.  

Tidak sempat lihat di Bangkok, kejar yang di Langkawi pun jadilah. Hahah...

Insha-Allah.  

Doa yang baik-baik bagi percutian ini.

Nota: gambar diambil daripada laman Facebook IFMA Muaythai World Championship 2014 dan mungkin mempunyai hak cipta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...