Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat tahun baru masihi 2013.

 
 
Semoga semua azam tahun baru tercapai pada penghujung 2013 nanti.


Nota: klip video diambil dari laman sesawang internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Ahad, 30 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 6

 
 Isnin
 
24hb Disember 2012.

Hari ini membeli pas sehari BTS kerana hendak menggunakan BTS seharian daripada pagi hingga malam. Harga pas sehari 130 Thai Bhat. Agak berbaloi rasanya kalau dalam sehari itu berulang alik menaiki BTS ke utara, selatan, timur dan barat Bangkok. Kalau tersalah arah atau stesen pun tidak mengapa. Tidak perlu membeli tiket yang lain, selain memudahkan kerana tidak perlu sentiasa beratur menukar syiling dan kemudian berkomunikasi pula dengan mesin tiket BTS membeli tiket yang betul.
 
Destinasi pertama ke stesen Phya Taksin. Menuju ke Tambangan sungai Chao Phraya. Bukan untuk menaiki sampan sepanjang sungai itu, hanya ingin menyusuri jalan menuju ke Royal Orchid Sheraton, mencari Pejabat Pos Besar Thailand. Dalam perjalanan boleh juga melihat Masjid Harun dan kedai-kedai sekitar. Malangnya, Pejabat Pos itu dalam pengubahsuaian besar. Sepertinya pembinaan semula sahaja. Tetapi urusan biasa pos masih dibuat di sebuah bangunan bersebelahan. Sempat membeli kolesi setem diraja Thailand sempena sambutan ulangtahun Raja Bhumipol.
 
 
 
  
Hahaha... bersusah payah menapak dan berpusing-pusing mencari pejabat pos besar. Dan sepanjang perjalanan itu beria-ia pemandu tuk tuk menawarkan perkhidmatan mereka. Tapi... tidaklah.. lebih baik menapak. Boleh melihat lokal dengan lebih dekat.
 
Dan lagipun tidaklah sejauh mana.
 
 
 
Kemudian terus ke stesen Nasional Stadium. Ke MBK. bertingkat-tingkat bangunan ini dijelajahi. Memang banyak barang yang boleh dibeli di sini. Seolah-olahnya Chatucak versi berhawa dingin dalam bangunan! Dan makan tengahari di restoran Yana di tingkat 5 MBK. Restoran halal. Arghh tension... dipenuhi dengan ramai orang Malaysia dan Indonesia rasanya. Nasib baik ada satu meja kosong. Tetapi kerana datang seorang diri di restoran ini, terasa diperhatikan mata-mata pengujung lain. Ouch...
 
 
Makan lewat tengahari - nasi goreng USA. Hah! ada juga nasi goreng itu di Bangkok!!
 
Malamnya pula pergi ke kawasan Arab di Bangkok. Masih menggunakan pas sehari BTS. Dari stesen Sala Daeng, berhenti di Siam dan menukar tren ke Nana. Sememang seperti Bangkok bertukar wajah menjadi dunia Arab. Agak lama berjalan-jalan dan menghabiskan masa di kawasan ini sebelum balik ke Hostel Take A Nap untuk tidur.
 
Nota: gambar-gambar milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta

Sabtu, 29 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 5



Ahad.

23hb Disember 2012.
 
Ya. Masih lagi cerita mengenai pasar hujung minggu Chatucak.
 
Dalam perjalanan balik ke stesen MRT Sam Yan. Kali ini menuju arah bertentangan dari Bang Sue - arah Hua Lamphong. Tetapi sebelum memasuki stesen MRT Kamphaeng Phet, ada gerai menjual air. Owh... bukankah itu teh tarik?
 
 
 
 
Erk... teh tarik Chatucak? Atau teh tarik Thailand?  Teruja melihat teh tarik dibuat di pasar ini. Tapi.. bukankah ini patutnya warisan Malaysia? Teh tarik dan roti canai?
 
Err... Kalau Malaysia tidak cepat-cepat menuntut teh tarik ini sebagai warisan dari Malaysia, suatu masa nanti Thailand akan menuntutnya sebagai warisan Thailand. Kementerian-Kementerian yang berkenaan cepatlah berbuat sesuatu.
 
 
nota: gambar dan klip video milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta.

Jumaat, 28 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 4

 
 
Ahad.
 
23hb Disember 2012.
 
Hari ini ke pasar hujung minggu Chatucak lagi. Tujuan utama hendak mengepos poskad-poskad yang dibeli pada hari Sabtu lepas. Betullah maklumat dalam buku Traveller Thailand oleh National Geographic yang dibeli di Big Bad Wolf yang lepas - Pejabat Pos di Chatucak dibuka pada hujung minggu. 15 Thai Baht sekeping poskad. Entah siapa penerima poskad-poskad ini. Hee...
 
 
 
 
Kemudian menjelajah ke pasar Chatucak. Salah satu seksyen yang dilawati hari ini ialah seksyen buku-buku. Wah sangat banyak buku. Hanya malangnya, kebanyakannya dalam bahasa Thailand.
 
 
 
 
Dan di sebelah kanan menara jam dalam gambar yang paling atas, ada kedai makanan Islam - Saman Islam. Tetapi pelanggannya sangat ramai. Meja sangat penuh. Akhirnya hanya membeli bungkus nasi berlaukkan ayam goreng.
 
 
Wah... pasar ini sangat best....
 
 
Nota: gambar-gambar milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta

Ahad, 23 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 3


 
 
Semalam.
 
Dari stesen MRT Sam Yan yang berhampiran hostel Take A Nap, terus menuju ke pasar Chatucak. Turun di stesen Kamphaeng Phet dengan harga tiket Thai Baht 40. Kalau naik MRT, jangan tertipu dengan satu stesen sebelum stesen Kamphaeng Phet, iaitu stesen Chatucak Park. Kalau turun di situ, kena berjalan sedikit untuk ke pasar Chatucak. Dan Naik dari stesen  MRT Sam Yan menuju ke arah Bang Sue. Bukannya arah Hua Lamphong ya. Apabila sampai di stesen Kamphaeng Phet, keluar melalui exit 2. Betul-betul nanti akan berada di pintu masuk Chatucak.
 
 
 
Lebih daripada setengah hari dihabiskan di sini membelek gerai-gerai dan barang-barang yang pelik dan jarang dijumpai yang ada di sini. Hasilnya, sejumlah poskad untuk diposkan dan beberapa helai sarung Thailand yang dibeli. T-shirt, walaupun murah, sudah tidak hendak beli sebab sudah banyak t-shirt daripada Jelajah  Eropah 2012 pada bulan Jun yang lepas.
 
Semasa balik, membeli empat kebab dari sebuah gerai halal yang ada di pasar itu... untuk makan tengahari dan malam. Hahaha...
 
Malam ke kawasan Silom dan singgah untuk urutan thailand tanpa minyak. Sejam hanya Thai Baht 250. Sungguh lega lenguh-lenguh kaki akibat berjalan seharian di Chatucak.
 
Jam 10 malam waktu Thailand terus terlelap di Take A Nap...
 
 
 
Nota: gambar-gambar milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta

Sabtu, 22 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 2



 
Semalam.
 
Pesawat MH788 dari KLIA selamat mendarat ke lapangan terbang Suvarnabumi, Bangkok, Thailand pada jam 1.25 waktu Thailand. Alhamdullilah. Dan melepasi urusan imigresen Thailand tanpa apa-apa masalah. Berjalan menuju ke karousel 12 dan selamat mengambil beg hitam tu. Terus menuju kemudiannya ke tingkat bawah untuk mendapatkan teksi ke hostel penginapan - Take A Nap Hostel - yang telah ditempah melalui laman sesawang Agoda.com lama dulu.  Kos teksi Thai Baht 450. Tetapi trafik sangat mencabar. Sesak di sana ini. Lorong 2 laluan, nampaknya telah menjadi empat laluan. Apapun selamat sampai ke Hostel. Urusan mendaftar masuk hostel juga tiada masalah. Alhamdullilah atas kemudahan urusan ini.
 
Hari pertama tiba hanya bersenang-lenang di bilik hostel sambil mendapatkan maklumat daripada kaunter hostel mengenai stesen BTS dan MRT terhampir. Stesen Sala Daeng bagi BTS dan Stesen SamYan bagi MRT. Kemudian ke Chamburi Square yang berhampiran hostel. Berjalan-jalan dan melihat square ini. Dan sempat melihat pameran muzium sains di square yang percuma bayaran masuknya.
 
Malamnya merayau-rayau ke pasar malam di Pat Pong dan kawasan Silom. Hasrat hati hendak ke Nana mencari makan malam halal tidak kesampaian kerana keletihan. Jadi hari pertama hanya makan maggi yang dibawa dari Malaysia.
 
Esok Sabtu hendak ke Chatucak Weekend Market...

Nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta.
 
 

Khamis, 20 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 1



MH788 pada jam 12:20 tengahari esok.

Telah selesai mendaftar masuk atas talian dan memilih seat 10A di tepi tingkap. Percutian solo ke Bangkok dari 21hb Disember 2012 hingga 25 Disember 2012.
 
Ketika kaum Mayan meramalkan kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012, dan ketika ramai orang yang percaya dengan ramalan itu sibuk bersiap sedia menghadapi kiamat dengan membeli makanan dan memasuki bunker, aku pula sibuk terbang ke Bangkok. Adoyai... sungguh agak tidak senonoh nampaknya!

Apapun semoga semuanya selamat dan dipermudahkan Allah.

Ameen.


Nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta.

Selasa, 18 Disember 2012

Air Asia

 
 

"AirAsia fined A$200,000 for contravening pricing provision


MELBOURNE (Dec 18, 2012): AirAsia Bhd has been slapped with a hefty fine for not including taxes and other charges on its website.

The budget airline was fined A$200,000 in the Melbourne Federal Court today for contravening the single pricing provision of the Australian Consumer Law, said the Australian Associated Press (AAP).

The Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) said the case followed a 10-month period during which the www.airasia.com website did not display some airfare prices inclusive of all taxes, duties, fees and other mandatory charges "in a prominent way and as a single figure".

The fine related to flights between Melbourne and Macau, London, Ho Chi Minh City, New Delhi, Hangzhou and Chengdu as well as from Perth to Taipei, Phuket, Osaka, London, Ho Chi Minh City and Hangzhou and from the Gold Coast to Ho Chi Minh City.

Justice Tracey said unless the full price is prominently displayed the consumer may well be attracted to a transaction which he or she would not otherwise have found to be appealing and grudgingly pay the additional imposts rather than go to the trouble of withdrawing from the transaction and looking elsewhere.

He said the company would also obtain an advantage over competitors who are compliant. He accepted a court undertaking from AirAsia restraining it from engaging in similar conduct for three years.

"This ACCC action vindicates the importance of all inclusive pricing.
"Consumers must have accurate price information, and in turn, airlines require a level playing field on price representations in this competitive industry where consumers are price sensitive," ACCC chairman Rod Sims told AAP. – Bernama"
 
Hah!
 
Akhirnya Air Asia telah didenda di Australia kerana gagal memberitahu harga tunggal dan cukai-cukai serta bayaran mandatori yang perlu dibayar oleh pelanggannya semasa menggunakan perkhidmatan tapak sesawangnya. Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Air Asia seperti yang disiarkan oleh akhbar The Star (Published: Tuesday December 18, 2012 MYT 8:33:00 PM Updated: Tuesday December 18, 2012 MYT 8:49:00 PM) selepas berita  syarikat itu didenda dilaporkan dalam internet  ialah Air Asia [has] NO INTENTION TO MISLEAD IN AIRASIA's WEBSITE PRICING. Tidak ada niat hendak menipu. Erk...
 
Kononnyalah, kan...
 
Hee.... Go figure!!


Nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta.

Ahad, 16 Disember 2012

Big Bad Wolf 2012... Lagi

 
 
Opps...
 
Gigih mengunjungi Big Bad Wolf lagi hari Jumaat lepas. Kunjungan kali ketiga. Dan sebeban lagi buku yang dibeli. Kali ini buku berkaitan kesihatan dan riadah pula yang diangkut. Azamnya hendak mengeluarkan peluh pada tahun depan. Dan juga hendak kurangkan berat badan. Demi kesihatan diri yang semakin tua ini.

Adeh... perlu mencari masa untuk membaca semua buku yang dibeli. Dan perlu mencari masa beriadah...
 
 
 
 
 
nota: gambar dan klip video diambil daripada laman sesawang Big Bad Wolf dan mungkin menpunyai hak cipta
 

Ahad, 9 Disember 2012

Big Bad Wolf 2012



MIECC Mines Seri Kembangan. 7hb hingga 23hb Disember 2012. Jualan Big Bad Wolf  telah bermula sejak Jumaat lalu.

Dan owh... buku-bukunya memang murah. Sempatlah menyambar beberapa buah buku yang kalau harga biasanya memang tidak terbeli. Daripada buku masakan Jimmy Oliver ke bibliografi pemain bola Fernando Torres ke ensiklopedia kucing ke kamus kompak Webster ke buku motivasi  Robert Kiyosoki dan novel Inggeris VC Andrews semuanya diangkut ke juru wang BBW.
 
Persoalannya - entah bila akan dibaca buku-buku itu? Heee...
 
 

 
Sesiapa yang meminati buku, cepat-cepatlah ke sana melihat apa yang ada. Pasti tidak kecewa dengan pilihan buku-buku yang ada. Sekiranya ke sana pada waktu puncak, bersabarlah dengan barisan yang panjang.
 
Selamat memburu buku kesukaan..
 
nota: gambar dan video diambil daripada laman internet Big Bad Wolf dan mungkin menpunyai hak cipta


Ahad, 25 November 2012

MH88

 
Malam ini.
 
MH88 ke Narita pada pukul 11.35. dan selepas itu dari Narita ke Fukuoka dengan MH 7391. Dan dari Fukuoka ke Kitakyushu. Suhu mengikut ramalannya antara 16 - 10 darjah celcius. Jepun sedang bermusim luruh dengan dedaunan sedang bertukar warna dari hijau ke perang kemerahan.
 
Dan manusia dari iklim dua musim harus kesejukan di sana.
 
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini.

Ameen


Nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta.

Rabu, 7 November 2012

Fukuoka Escapade

 
 
Suatu jemputan telah sampai untuk menyertai lawatan kerja ke Fukuoka, Jepun telah tiba. Tarikhnya 25hb hingga 30hb November 2012. Sebelum ini hanya cakap-cakap mengajak ke Jepun. Setelah dapat jemputan secara hitam putih, barulah yakin dapat menyertai lawatan ini.
 
Teruja.
 
Sekarang perlu sediakan dokumen perjalanan. Pasport, telah sedia ada. Visa ke Jepun, perlu dipohon. Katanya boleh diperolehi dalam tempoh 3 hari bekerja sekiranya dokumennya lengkap. Dan menunggu e-tiket daripada Malaysian Airlines.
 
Semoga Allah mudahkan perjalanan ini. Ameen...
 
 
Nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Ahad, 28 Oktober 2012

Woodolchi Choi Young - Episod 16

Faith: The Great Doctor - episod 16



 
 
 
 
 
 
 
Selamat menonton....

Nota: gambar dan klip video diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta 


Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidil Adha

 
 
Hari ini hari wukuf di Arafah bagi mereka yang mengerjakan ibadat haji. Digalakkan berpuasa pada hari ini kerana ganjarannya ialah dihapuskan dosa tahun lepas dan tahun akan datang. Selamat berpuasa bagi yang berpuasa.
 
Dan esok, orang islam akan meraikan hari kebesaran Aidil Adha. Hari mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail.
 
Selamat menyambut hari raya Aidil Adha serta selamat melakukan ibadah korban.
 
Maaf Zahir dan batin atas semua salah silap.
 
 

Rabu, 24 Oktober 2012

PLEASE, masturbate in your bedroom

 

Erk...

Tidak tahu reaksi yang sesuai bila selesai membaca notis ini. Tidak tahu sama ada nak tergelak atau menangis atau apa... Tapi betulkah notis ini di USM? Hanya mereka dari USM yang mampu menjawabnya. Dan kalau betul, apa nak jadi dengan pelajar-pelajar Universiti sekarang? Hahha... kalau tidak berpuas hati dengan notis ini, boleh tanya kepada ketua aras mengenai masturbation policy ini. Agaknya ketua aras akan ajar cara yang betul kot dengan lebih terperinci. Ngee...
 
Kata seorang kawan bila membaca notis ini - dunia akhir zaman!

Selasa, 23 Oktober 2012

Woodolchi Choi Young - Episod 14

The Great Doctor Episod 14...













Selamat menonton....


Nota: gambar dan klip video diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Isnin, 15 Oktober 2012

The Great Doctor



Adoyai...
 
Saya bukan peminat k-pop! Tetapi penangan cerita Korea yang ini memang menakjubkan.

Kali ini terasa tidak sabar-sabar menunggu setiap minggu untuk menonton dan mengetahui episod seterus bagi cerita The Great Doctor yang sekarang ini sedang disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa jam 9:10 malam di saluran 393 One HD sejak September lalu. Pelakon utamanya ialah Lee Min Ho yang juga pelakon dalam cerita City Hunter.




Walaupun di saluran tersebut baru disiarkan episod 9 dan 10 minggu lepas, dan minggu ini 10 dan 11, carian di internet telah menunjukkan siri tersebut telah disiarkan sehingga episod 17 dan 18 pada minggu lepas dan minggu ini sepatutnya disiarkan episod 19 dan 20. Berdasarkan carian di internet, keseluruhan cerita ini mengandungi 24 episod. Dan ceritanya makin mendebarkan.

 Err... sekurang-kurangnya lebih baik menonton cerita ini daripada menonton tarian oppa gangnam styles, kan.

Owh... silalah dapatkan bantuan encik google untuk mengetahui sinopsis siri ini... dan sedikit teaser cerita ini dari episod 18...




Jom bersedia di depan televisyen anda menonton cerita ini di pada jam 9:10 malam ini dan berikan sokongan kepada wodolchi Choi Young!!!  ngeee...


nota: gambar-gambar dan klip video diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
 
 
 
 

Sabtu, 13 Oktober 2012

Mabuhay Escapade 2012 - Catatan 3 (Klip Kenangan)


Klip kenangan terlebih dahulu sebelum catatan mengenainya menyusul...



Mabuhay Trip Slideshow: Kasturi’s trip to 2 cities including and Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!

Selasa, 2 Oktober 2012

Mabuhay Escapade 2012 - Catatan 2 (MH802)

MH802.
Mengira detik ke penerbangan MH802 pada pukul 1:40 tengahari 4hb Oktober 2012 ke Lapangan Terbang Ninoy Aquino di Manila.
Sehari lagi ke 4hb Oktober 2012. Daftar masuk melalui laman sesawang Malaysian Airlines telah dibuat tengahari tadi dengan security number 1 & 2 masing-masingnya. Kalau mengikut sistem, itu ialah orang pertama dan kedua yang mendaftar masuk untuk penerbangan itu.
Sengaja mendaftar awal melalui laman sesawang kerana ingin mendapatkan tempat duduk di hadapan. 9E dan 9F. Malaysia Airlines tidak mengenakan bayaran memilih tempat duduk bagi penerbangannya sekiranya pemilihan itu dibuat 48 jam sebelum penerbangan dengan mendaftar masuk secara atas talian. Lagi pun teorinya ialah, kalau duduk di depan, kurang gegarannya semasa kapal melanggar awan atau angin yang kuat. Dan lagi teorinya, ialah orang duduk depan dalam kapal, sampai dahulu ke destinasinya berbanding orang yang duduk di belakang. Ngee... Harapnya penerbangan tidak penuh nanti supaya ada juga ruang lapang di antara tempat duduk itu.
Dan sempat juga tadi mencetak maklumat ini dari laman sesawang ini http://halalmanila.blogspot.com/ untuk dibawa ke Manila nanti. Penting juga mencari makanan halal semasa di sana nanti, walaupun makanan segera Berahim ada sebagai stok.
Ya Allah... Permudahkanlah perjalanan kami. Ameen..

Sabtu, 22 September 2012

Mabuhay Escapade 2012 - Catatan 1 (Malvar Hostel)

4hb Oktober 2012 hingga 9hb Oktober 2019. Berlepas dengan MH802 dan akan menginap di Malvar Hostel, Malate.



Semoga semuanya selamat. Semoga Allah permudahkan semuanya.
Menunggu dengan sabar tarikh itu...


nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Ahad, 26 Ogos 2012

Selamat Hari Raya 1433

Selamat menyambut hari raya 1433. Dan selamat pulang ke Kuala Lumpur bagi perantau yang telah pulang beraya di kampung halaman. Dan selamat menghadiri rumah terbuka. Jangan lupa mengambil kesempatan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal. Ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun.
 
 
 
Maaf zahir dan batin....
 
 
nota: video diambil dari laman you tube dan mungkin mempunyai hak cipta

Sabtu, 18 Ogos 2012

Puasa Terakhir Ramadan 1433

29 Ramadan 1433.

Berada di Sungai Petani untuk menyambut 1 Syawal 1433 sejak dari semalam. Dan pagi ini telah menyempatkan diri ke Masjid untuk membayar zakat fitrah.




Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja’alanallahu minal ‘aidin wal faizin.

Semoga Allah menerima (amalan-amalan) yang telah aku dan kalian lakukan dan semoga Allah menjadikan kita termasuk (orang-orang) yang kembali (kepada fitrah) dan (mendapat) kemenangan.

Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Penang Village Alamanda

Semalam petang iftar di Penang Village, Alamanda, Putrajaya.

Sangat ramai orang di Alamanda. Maklumlah ramai penjawat awam yang menerima bayaran imbuhan khas semalam. Nampak janji dah ditepati. Nanti-nanti kenalah penjawat-penjawat awam membalas budi. Hahahah....

Sebenarnya tiada pun tempahan awal di Penang Village. Cuma terus pergi ke Alamanda selepas waktu pejabat dan membuat pertanyaan terus di restoran itu sama ada masih boleh menerima 4 orang pelanggan untuk berbuka. Nasib baik masih ada kosong. Terus membuat tempahan dan memilih meja di kawasan terbuka di luar restoran yang berhampiran fountain. Table F61 kata pelayan perempuan itu.




Ujian besar berbuka di luar ialah menjaga waktu solat Maghrib pada pukul 7:29 malam itu. Owh tidak....

Terima kasih Arif, Arif dan Zahid yang beriftar bersama....




nota: gambar dari koleksi gambar facebook Alias dan mungkin mempunyai hak cipta

Selasa, 7 Ogos 2012

Total Recall dan The Dark Knight Rises

Total Recall dan The Dark Knight Rises. Semalam Isnin, cuti umum di Selangor. Mengambil kesempatan untuk ke Jaya Jusco  Cheras Selatan. Sesampai ke situ, terus menuju ke bioskop untuk membeli tiket wayang secara marathon. Dan ya, cerita pilihannya ialah Total Recall dan The Dark Knight Rises. Tayangan Total Recall bermula pada pukul 11.45 pagi dan dikuti dengan cerita The Dark Knight Rises pada pukul 2.30 petang.

Ceritanya boleh tahan. Tidak bosan, tidak mengantuk dan tidak terasa masa berjalan semasa menonton kedua-dua filem itu. Sinopsisnya? Klik untuk sinopsis Total Recall  dan The Dark Knight Rises dan bacalah sendiri di pautan itu.

Colin Farell dalam Total Recall


Christian Bale dalam The Dark Knight Rises



Yang belum menonton kedua-dua filem ini, pergilah menontonnya. Tidak rugi menonton filem-filem ini daripada menonton filem cinta atau filem seram yang tidak ketahuan punca dan penceritaannya.

nota: gambar hiasan dari laman sesawang dan mungkin mempunyai hak cipta

Isnin, 6 Ogos 2012

Pasar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Ahad semalam telah memecah rekod puasa pada tahun 2012.

Pertama kalinya menjejak kaki ke pasar ramadan setelah 14 hari berpuasa. Itupun setelah berjanji hendak berbuka dengan seorang rakan di  Stable Steak di Kampung Baru. Perjalanan ke sama dengan mengunakan LRT kerana memikirkan kesesakan hendak memakir kereta di Kampung Baru yang sesak. Kereta ditinggalkan stesen komuter UKM.

Sampai di stesen Kampung Baru ketika azan Asar sedang dilaungkan. Menapak dari stesen ke arah masjid Kampung Baru. Banyak juga gerai makanan sepanjang perjalanan. Ada roti tempayan. Ada mini bread (walaupun rupanya nampak macam roti john dalam size yang lebih kecil). Dan owh... ada gerai yang menjual pulut mangga! Nampak sangat menyelerakan.

Tapi terus menapak sehingga ke masjid. Selesai solat Asar, mereka mengedarkan bubur lambuk. Sempat beratur dan mendapat sebungkus bubur lambur yang terkenal itu. Sebenarnya kali pertama dapat percuma bubur ini walaupun sudah bertahun duduk di Lembah Klang mencari rezeki.

Pasar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru

Kemudian terus pulak menapak ke Jalan Raja Alang. Memang meriah dengan gerai-gerai makanan sepanjang jalan itu. Dan kali ini ada pula yang menjual pulut durian!! RM4.00 sebungkus. Terus dibeli. Sebenar lebih tepat pulut dan serawa durian. Kemudian berpatah balik ke stesen LRT kerana berjanji dengan rakan itu akan berjumpa di situ pada pukul 5:30. Dalam perjalanan balik ke  stesen,  ada pula ahli-ahli PAS sedang membahagi bubur lambuk percuma dari pusat khidmat masyarakat kawasan parlimen Titiwangsa. Dapat sebungkus lagi bubur lambuk. Alhamdulillah makanan bersahur dah tersedia.

Owh... kalau ikutkan hati, banyak lagi makanan yang ingin dibeli...


nota: gambar hiasan dari laman web dan mungkin mempunyai hak cipta

Rabu, 25 Julai 2012

Bulan Puasa dan Pasar Ramadan 2012

Hari ini telah lima hari berpuasa. Masih berjaya menahan diri dari pergi ke mana-mana pasar Ramadan. Setakat ini hanya memasak yang mudah-mudah untuk berbuka. Kalau membeli pun, membeli di kedai yang proper, bukan di gerai di pasar Ramadan. Lebih baik membeli di kedai yang memang menjadikan jualan makanan itu sumber pendapatannya sepanjang tahun dari gerai-gerai yang muncul sebulan sekali setahun semasa bulan yang mulia itu. Hanya sesak dengan orang ramai tetapi kualiti dan kesedapan makanan diragui. Hanya kelihatan cantik dan mengecurkan liur, apabila dibeli dan dimakan, tak sesedap mana pun. Dan harganya mahal. Kedai yang memang menjadikan jualan makanan itu sumber pendapatannya pula selalunya akan menjaga kualiti dan rasa makanan yang dijual. Kalau tida, kedai itu akan diboikot sepanjang tahun nanti!

Owh... terima kasih Kak Zaharah kerana memberikan spegetti untuk juadah berbuka semalam...

Ahad, 22 Julai 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 12: klip kenangan

Saksikan beberapa gambar pilihan yang menceritakan mengenai perjalanan ini.


Jelajah Eropah 2012 Slideshow: Kasturi’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to 13 cities London, Paris, Berlin, Prague, Amsterdam, Edinburgh, , Rotterdam, Delft, Volendam, Zaandam, Aalsmeer and Marken was created by TripAdvisor. See another United Kingdom slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.


Catatan mengenai Jelajah ini akan menyusul... bersabarlah...


Rabu, 11 Julai 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 11: Beberapa Gambar Terpilih

Jelajah Eropah 2012 - Beberapa Gambar Terpilih

Alhamdulillah.. selamat sampai ke Malaysia in one piece pada 9hb Julai 2012. Penat. Tapi seronok dan menggembirakan. Catatan mengenai jelajah ini akan dibuat nanti. Buat sementara ini, saksikan dulu beberapa gambar terpilih yang dirakamkan dalam perjalanan tersebut.

Paris







 Prague






Berlin




Amsterdam







Edinburgh



London







 Dan ini bukan di Mesir!! tapi di Muzium Lourve!




 Catatan perjalanan dan pengalaman mengenai Jelajah Eropah 2012 ini akan menyusul nanti.

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 9
Jelajah Eropah 2012 - Catatan 8






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...