Rabu, 9 Julai 2014

Mendoakan Gaza, Tebing Barat dan Palestin II


Terus mendoakan keselamatan Palestin.

Moga Allah memberikan kekuatan jiwa dan kemenangan kepada Palestin.

Ameen...


Nota: Gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Selasa, 8 Julai 2014

Mendoakan Gaza, Tebing Barat dan Palestin


Allah Maha Besar!

Israel dilaporkan menyerang Gaza bersungguh-sungguh sejak malam semalam. 

Ketika umat Islam Palestin berpuasa. 

Dalam bulan Ramadan Kareem. 

Serangan udara dilaporkan dilakukan ke atas rumah orang awam yang tidak bersenjata. Semuanya konon disebabkan untuk membalas dan mencari siapakan yang menculik dan membunah tiga orang remaja Israel di Gaza. Palestin membalas dengan mengatakan bahawa tiga orang 'remaja' itu sebenarnya tiga tentera Israel. 

Baca lanjut mengenai serangan itu di sini. 

Lebih daripada itu, sebenarnya itu semua sandiwara Israel yang tidak bersetuju dengan penyatuan Hamas dan Fatah untuk mentadbir Palestin.



Moga Allah memberikan segala kekuatan kepada Palestin mempertahankan diri dan memberikan kejayaan kepada orang mukmin.

Ameen...


nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta.

Isnin, 7 Julai 2014

Air Asia Tergelincir





Ngeri apabila atendan udara menjerit ketakutan.

Pesawat Air Asia AK278 tergelincir landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang tadi. Baca di sini dan di sini. Paling tidak tahan dengan kenyataan - Passengers panic when an attendant starts shouting - dalam laporan itu.  Entah apa agak latihan yang diajarkan di akedemi latihan Air Asia itu. Sepatutnya atendan kapal terbang itu bertindak profesional dan memberikan keyakinan kepada penumpang. Sebaliknya dia pula membimbangkan dan menakutkan penumpang. 

Mungkin para penumpangnya tidak membayar lebih untuk perkhidmatan kecemasan yang lebih profesional. 

Apa pun bersyukur penumpang selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...