Khamis, 31 Januari 2013

Burung Belatuk



Ada yang bertanya mengenai setem keluaran Januari 2013 oleh Pos Malaysia setelah membaca catatan mengenai haiwan peliharaan eksotik ini. Heee..

Sebenarnya, pada 13hb Januari 2013, Pos Malaysia mengeluarkan setem dengan tema Burung Belatuk. Bagi negeri-negeri yang bercuti pada hari Ahad, keluaran burung belatuk ini mula dijual pada hari Isnin 14hb Januari 2013. Cantik juga reka bentuk keluaran burung belatuk ini. Dan lembaran mininya yang berharga RM5 itu ada cetakan timbul pada kepak burung belatuk. Melihat gambar sahaja tidak akan perasan. Tetapi bila disentuh lembaran mini itu, terasalah cetakan timbul itu. Cantik.

Lembaran Mini RM5.00


Set Setem bernilai 0.60 sen, 0.80 sen dan RM1.00

Sampul Hari Pertama

Sampul Hari Pertama bersama Lembaran Mini

Sampul Hari Bersama bersama set setem

Semasa catatan ini ditulis, set folder setem keluaran burung belatuk ini masih dijual di laman sesawang www.postme.com.my. Bagi yang tidak sempat membeli keluaran ini pada 13hb atau 14hb Januari  2013 dahulu, dan masih terasa ingin membeli keluaran ini, cuba cari di bawah tajuk stamp and greeting dan klikkan pilihan pada folder set. Satu set folder yang mengandungi sampul hari pertama, lembaran setem dan lembaran mini dijual dengan harga RM66.90. Selagi stok masih ada rasanya jualan bagi set folder ini. Buatlah pesanan atas talian bagi set folder ini. Dan pesanan anda akan tiba dalam tempoh 5-7 hari berkerja di rumah anda.

Ewah... terjadi promoter pula untuk laman sesawang postme ini. Haishhh...


Nota: gambar-gambar diambil dari laman sesawang Pos Malaysia dan mungkin mempunyai hak cipta.

Selasa, 29 Januari 2013

Perjalanan Bikin Panas 2013: Penjadualan semula





Perjalanan Bikin Panas  bersama Encik Moon yang dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan, di jadualkan semula pada 1hb - 3hb Februari 2012 ini. Semoga menjadi penjadualan semula ini.  Insyaa-Allah. Tetapi sayangnya pada tarikh yang sama berlangsung Pesta Buku 1Malaysia di PWTC. Mungkin sempat singgah pada hari terakhir - hari Ahad 3hb Februari 2013, selepas balik dari Segamat nanti.

Isnin, 28 Januari 2013

Haiwan Peliharaan Eksotik


Hee... maaf.

Catatan ini bukanlah mengenai haiwan peliharaan eksotik atau exotic pets. Tetapi mengenai keluaran setem terbaru Pos Malaysia - keluaran 2/2013.

Pos Malaysia akan mengeluarkan setem keluaran terbaru pada 5hb Februari 2013 ini dengan tema Haiwan Peliharaan Eksotik. Agaknya sempena tahun ular mengikut kalendar tahun baru cina pada tahun ini, maka salah seekor haiwan eksotik itu termasuklah ular sawa emas itu. Hee... Ada juga iguana dan sugar glider. Nampaknya seperti comel sahaja haiwan-haiwan eksotik yang dipilih dalam keluaran setem terbaru ini. 

Jom tengok Sampul Hari Pertama dan Lembaran Setem dan Lembaran Mini-

sampul hari pertama

lembaran setem 0.60sen

lembaran setem RM1.00

lembaran setem 0.80 sen

lembaran mini RM5


set setem

folder

Peminat setem jangan lupa membeli pada 5hb Februari ini....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...