Ahad, 24 Julai 2016

Kembara Musika Hutan Hujan Borneo


Rainforest World Music Festival di Sarawak akan diadakan pada 5hb -7hb Ogos 2016. 

Festival ini telah beberapa kali diadakan, dan ini ialah kali pertama yours truly akan pergi ke festival ini dan berjimba di hutan Borneo. Jangan ada yang dalam hutan itu mengikut balik ke Malaya sudahlah.

Keputusan untuk merayau di Hutan Borneo itu sebenar dibuat secara impulsive dan mendadak kerana tekanan kerja. Makanya, kita melarikan diri sebentar pada 6hb - 8hb Ogos 2016 ini nanti ke Kuching Sarawak dan Cultural Village Santubong. Pelarian yang hanya sekejap dari hiruk-pikuk kerja yang tak habis-habis dan bertambah-tambah pula repeknya itu. Hanya akan hadir pada hari terakhir 7hb di festival itu walaupun Rainforest World Music Festival itu selama 3 hari dari 5hb hingga 7hb Ogos 2015. Cukuplah sehari untuk sekadar melihat dan merasa pengalaman lain - melihat kelainan budaya, mendengar kelainan bunyian, memerhati kelainan tingkah laku. Memang hanya untuk sekilas pandang saja kembara ini.

Penerbangan Malindo seawal pagi pagi 6hb Ogos 2016 ke Kuching dan balik seawal pukul 2:00ptg 8hb Ogos 2016 nanti, pass masuk sehari pada 7hb Ogos 2016. dan hotel 3 hari 2 malam berhampiran Kuching Waterfront, siap ditempah dan dibeli. 

Yee haa... jom berjimba.

Khamis, 14 Julai 2016

KRABI: I, MYSELF & ME (Nota 3 - Menunggang Gajah, Hot Stream, Blue Pool dan Emerald Pool)


Walaupun banyak juga tapak sesawang yang tidak menyarankan aktiviti menunggang gajah atas alasan kemanusian selain daripada kekejaman latihan yang dilakukan ke atas gajah, yours truly tetap juga mengambil pakej ini yang bersekali dengan lawatan ke Emerald Pool, Blue Pool dan Hot stream semasa percutian solo di Krabi.  Pakej ini berharga 800 baht. Bermula kurang 9:00 pagi sehingga lebih kurang 3:00 petang. Dan tanpa makan tengahari. Walaupun dalam gambar nampak yours truly tersenyum lebar, dalam hati rasa bersalah sangat dengan aktiviti menunggang gajah ini.

Aktiviti menunggang gajah ini sebenarnya tidak sampai pun  20 minit. Gajah akan dibawa menyusuri denai dalam hutan atau sahaja belukar. Dan juga dibawa masuk kolam air. Basah!! Jadinya cukuplah hanya berselipar getah saja untuk aktiviti ini. Bijak pula gajah-gajah ini mendengar arahan pelatihnya melalui jalan-jalan dalan hutan itu.

Sebelum aktiviti menunggang gajah yang merupakan aktiviti akhir pakej ini, kami di satu van yang mengambil pakej ini dibawa ke Hot Stream dahulu. Lebih kurang 40 minit di hot stream sempatlah berendam dalam kolam air panas yang sebenarnya tak semegah pun. Tapi keterujaannya sebab kolam itu di luar negara. Pandai sungguh orang Thailand mempromosi tempat ini. Terjumpa dengan beberapa kumpulan orang Malaysia di sini. Sempat duduk-duduk meminum air kelapa dan makan buah rambutan di sini.

video

Selepas Hot Stream ke Blue Pool dan Emerald Pool. Kedua-dua kolam biru dan hijau ini di tempat yang sama. Sungguh biru dan hijau warna air dalam kolam-kolam itu. Tapi perlu berjalan jauh ke dalam. lebih kurang 15 minit juga. Blue Pool lebih jauh lagi ke atas. Nasib baik mempunyai trek yang cantik dan elok untuk ke Blue Pool. Sekiranya datang dengan pakej yang diambil di Krabi, apabila sampai ke sini, lebih baik berjalan dahulu ke Blue Pool yang jauh ke atas itu. Kemudian barulah turun semula ke Emerald Pool. Apabila sampai di Blue Pool, memang akan kagum air berwarna biru dan suasan di situ yang tenang dengan bunyi-bunyi fauna hutan, terutama kalautidak ramai yang ke situ kerana tempat yang jauh ke atas. Dan jangan lupa bertepuk tangan apabila berhadapan denga kolam itu. Pusaran air akan kelihatan di tengah kolam apabila  bunyi tepukan kedengaran. Di kolam ini dilarang mandi. Cuma untuk melihat pemandangannya sahaja. 





Kemudian turunlah semula ke Emerald Pool. Dan bagi yang pertama kali sampai, Emerald Pool yang sebenar itu ialah yang jauh sedikit ke dalam. Kolam di dalam itu lebih besar dan hijau. Bukan yang dijumpai apabila memasuki kawasan tersebut. Di sini pengunjung dibenarkan mandi manda. Dan kawasan ini lebih ramai berbanding di Blue Pool. Mungkin kerana dibenarkan mandi di sini. Walaupun tidak mengambil pakej dengan makan tengahari, makan tengahari boleh sahaja di beli di kawasan luar Emerald Pool. Ada beberapa gerai halal bagi pengunjung muslim.

Satu hari yang penuh aktiviti di Krabi. Dan kepenatan apabila tiba di Good Will Hotel di Aonang.

Ahad, 27 Mac 2016

KRABI: I, MYSELF & ME 2015 (Nota 2 - Finding Time Alone is A Pleasure)


Bermula dengan promosi tambang murah penerbangan Mas yang ditempah seawal 10 bulan, hanya untuk kemudiannya diberitahu bahawa laluan KUL-KBV ditamatkan, diganti dengan laluan KUL-BKK, BKK-KBV. Perjalanan yang hanya 1 jam 30 minit, menjadi 7 jam, termasuk masa transit. Tapi merasalah pengalaman menaiki Bangkok Airways milik Thailand bagi sektor BKK-KBV. Dan tercongaklah di Lapangan Terbang Suvarnabhumi selama 4 jam sewaktu transit pergi dan balik. Tetapi layanan dan perkhidmatan yang lebik baik daripada MAS dari segi makanan, ketepatan masa dan crew.

Apa pun semuanya baik-baik sahaja kembara solo ini di Aonang, Krabi. Makaanan halalnya mudah diperoleh. Cuma tersilap pilih musim. Bulan September bukan masa yang sesuai ke Krabi. Hujannya setiap hari, namun sempat sahaja ke Phi Phi Island, Emerald Pool, Hot Spring, Elephant trekking, 7 Island Sunset Tour & pasar malam di bandar Krabi.. Bijak sungguh tour operator berkejaran dengan hujan dan pandai pula membaca cuaca, walaupun perjalanan ke Phi Phi Island laksana roller coaster 7 tingkat. Sempat juga berurut sebanyak 2 kali kerana murahnya harga di situ dan menjamah banana pancake yang katanya terkenal di sana..

Pengalaman ini perlu diulang. Secara solo tentunya.

Khamis, 7 Januari 2016

Kasturi@Wanderlust2016



Tahun 2016 ini, beberapa rancangan perjalanan telah diatur. Moganya terlaksana dengan kejayaan dan selamat. Moganya dipermudahkan Allah. Moganya sihat dan diberi kekuatan fizikal bagi perjalanan yang dirancang --

  • 4hb - 9hb Julai 2016, Raya@Syawal, Sungai Petani, Kedah (Inshaa-Allah)
  • 2hb - 9hb Mei 2016, Projek KPOP@Seoul 2016, Seoul, Korea Selatan (Inshaa-Allah)
  • 12hb - 16hb April 2016, Songkran Reloaded 2016, Bangkok, Thailand (Inshaa-Allah)
  • 31hb Mac - 3hb April 2016, Main-Main Air, Pantai Cenang, Langkawi (Inshaa -Allah)
  • 11hb - 18hb Februari 2016, Kembara Indochina: 3 Bandar 2 Negara, Phnom Penh, Siem Reap & Saigon, Cambodia dan Vietnam (Inshaa-Allah)
  • 22hb - 25hb Januari 2016, HatYai by Train, Hat Yai, Thailand (Inshaa-Allah



Ada satu perjalanan besar yang masih belum dicatatkan dalam senarai di atas.

Moga dapat dizahir dalam Projek Espana 2016 pada bulan September nanti. 

Begitulah harapannya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...