Selasa, 22 April 2014

Buku: Menjana Kepintaran Kreatif


24hb - 4 Mei 2014.

Bertemakan - Buku: Menjana Kepintaran Kreatif.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur datang lagi pada tahun 2014 ini. 

Dan masih secara tradisinya di tempat yang sama sejak bertahun-tahun dulu, ia kekal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

Mengikut pengalaman lepas, hari Sabtu, dan Ahad dan hari kelepasan am seperti hari Buruh, merupakan hari-hari yang sesak di Pesta Buku ini. Pastikan datang awal pagi dan pulang sebelum petang bermula untuk elakkan kesesakan yang tidak terhingga. Malah, pengangkutan awam seperti LRT pun sangat sesak. Kalau guna LRT eloklah beli kad rapid bagi mengelakkan barisan panjang di mesin tiket. Kalau mengunakan komuter KTM, gunalah kad touch & go atau beli tiket pergi balik. Dan pastikan kesabaran dalam tahap yang paling tinggi kerana orang memang sangat ramai. Kalau boleh datang pada hari bekerja, ambillah cuti dan datang pada hari bekerja.

Yours truly tetaplah akan pergi pada hari Sabtu dan Ahad memandangkan pada hari tersebut penulis novel ada di gerai-gerai syarikat penerbitan. Jadi boleh beli buku atau novel sambil terus dapatkan tangan penulis itu. Teruja!

Apa pun, pastikan diari anda ditanda pada tarikh yag dinyatakan di atas. Dan jumpa anda di sana...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...