Jumaat, 13 Jun 2014

Piala Dunia 2014 - Hari Pembukaan



Piala Dunia Fifa 2014 bermula hari ini di Brazil.

Majlis pembukaannya dijadual pada lebih kurang pukul 2:00 pagi waktu tempatan. 

Diikuti perlawanan pembukaan antara tuan rumah Brazil dengan Crotia pada pukul 4:00 pagi waktu tempatan. Ramai penyokong Brazil juga di Malaysia. Dan tentu ramai juga bersengkang mata bangun awal untuk menyaksikan sepak mula pagi ini.

Bagi yang kabur dengan pertandingan ini, terdapat 64 perlawanan dengan 32 pasukan semuanya yang terlibat. 32 pasukan ini dibahagi kepada 8 kumpulan dan dinamakan kumpulan A hingga H. Mereka akan berlawanan sesama mereka dalam kumpulan masing-masing sebelum juara dan naib juara kumpulan mara ke pusingan kalah mati di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir. Pertandingan ini diadakan setiap 4 tahun sekali dengan pertandingan terakhir piala dunia ini diadakan pada tahun 2010 di Afrika Selatan dan Sepanyol menjadi juara piala dunia pada masa itu. Err... jangan pula kelirukan diri anda dengan pertandingan Euro 2012 yang juaranya juga Sepanyol. Euro juga pertandingan bola antara pasukan di Eropah. Diadakan setiap 2 tahun sekali.

Melihat senarai kumpulan itu nyatalah Malaysia tercinta tidak termasuk. Heee... Makanya kita hanya mengadap perlawanan-perlawanan itu melalui siaran tv sahaja. 

Yours truly hanya menantikan perlawanan pasukan England, Sepanyol dan Itali. Itupun tidak pasti sama ada sanggup bersengkang mata bangun awal pagi semata-mata nak tengak bola. Adoyai... waktu perlawanan tidak menyebelahi diri yang makin menjadi veteran dan keperluan bekerja demi sesuap nasi dan menambah dana perjalanan ke luar negara.

Apapun maklumat dan gambar-gambar menarik menarik perlawanan boleh diperoleh di laman sesawang Fifa ini. 

Selamat bangun awal pagi dan selamat bersengkang mata demi bola!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...