Sabtu, 23 Jun 2012

Euro 2012 - Germany vs Greece



Jerman lawan Greece. Perlawanan suku akhir pada pukul 2:45pagi nanti. Mampukah naib juara Euro 2008  Jerman melangkah ke separuh akhir tahun ini? Berjayakah Lukas Podolski dan Oozil menjadi wira Jerman. Atau terhalangkah mereka oleh Greece? Atau Greece akan berbaik hati membenarkan Jerman menang suku akhir ini kerana Jerman telah menolong ekonomi mereka tahun ini? Saksikan pada jam 2:45 pagi nanti.


Nota: Entri ini disiarkan secara berjadual. Kemaskini akan buat sekiranya berpeluang menjumpai kafe siber semasa Jelajah Eropah 2012.

Kemaskini dari Praha: Jerman menang... 

Jumaat, 22 Jun 2012

Jelajah Eropah 2012

Catatan ini dijadualkan dan jika semuanya seperti perancangan sebelum ini, kami telah mendarat di Roisy Charles De Gualle pada jam 6:40 pagi waktu Paris. Dan insyallah telah keluar dari imigresen Paris dan sekarang menuju ke hostel Perfect Hotel and Hostel untuk menyimpan beg.

Apa-apapun perjalanan ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Selamat menjelajah kepada kami.

Kemaskini dari Praha: Penerbangan kami tertangguh sehingga pukul 12:20 pagi kerana menantikan penumpang sambungan dari penerbangan lain. Dan kami tersepit di kerusi tengah. Apapun, syukur Alhamdullilah selamat mendarat di lapangan terbang Charles De Gualle di Paris pada pukul 7:20 pagi dan selamat melepasi Imigresen Paris dan beg juga selamat sampai. Alhamdullilah...

Nantikan kemaskini mengenai Paris dalam catatanJelajah Eropah 2012 nanti...

Euro 2012 - Czech lawan Portugal


Pagi ini pada pukul 2:45 pagi peringkat suku Euro 2012 akhir bermula. Peringkat suku akhir ini bermula dengan perlawan antara Czech dan Portugal di Warsaw. Melangkahkah Portugal ke separuh akhir? Cristiano Ronaldo akan menyumbangkan gol lagikah pagi ini? 

Jom saksikan pada jam 2:45 pagi nanti.


Nota: Entri ini disiarkan secara berjadual. Kemaskini akan buat sekiranya berpeluang menjumpai kafe siber semasa Jelajah Eropah 2012 yang bermula malam ini. 

Kemaskini dari Perfect Hotel dan Hostel Paris pada 22 June 2012 waktu Paris - Portugal menang mengalahkan Czech dan akan melangkah ke separuh. 

Khamis, 21 Jun 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 9


6 jam ke Jelajah Eropah 2012.. Pengembaraan ini bermula hari ini. Teruja dan berdebar.

Sekarang sedang berkumpul di Raudhah Kasturi di Bangi. Petang ini pukul 5:30 kami akan ke KLIA. Teksi limo KLIA telah ditempah sejak semalam. Dan akan cuba bertanya mengenai upgrade ke kelas perniagaan mengunakan mata enrich di sales office Malaysian Airlines di KLIA. Harapnya boleh dan berjaya diupgradekan. Penerbangan pada pukul 11.35 malam dengan MH20 menggunakan boeing 777-200. Beg deuter traveller 70+10 liter telah siap dipackkan. Owh sungguh beg itu. Seberat 15kg Mampukah dibawa seberat itu?

Ya Allah.. permudahkanlah perjalanan kami.

Kemaskini dari KLIA: telah daftar masuk ke MH20. Urusan upgrade ke business class nampaknya tidak berjaya. Owh... kasihan kami.. tapi boleh mengunakan mata enrich untuk masuk ke Lounge Malaysia Airlines dengan potongan mata sebanyak 8000. Hu hu... tapi Golden Lounge tutup kerana renovation. Yang ada  lounge sementara bersama China Airlines. Tidak mengapalah... sekurang-kuramgnya boleh makan sehingga kenyang walaupun lounge sementara ini tidak sehebat lounge sebenar itu.. Dan penerbangan MH 20 telah dijadualkan semula pada pukul 11.50 malam. Bukan lagi pada 11.35 malam. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini.


Nota: gambar hiasan, jika ada,  diambil dari internet  dan mungkin mempunyai hakcipta


Jelajah Eropah 2012 - Catatan 8

Rabu, 20 Jun 2012

Undang-Undang Pentadbiran 101



Dalam suatu mesyuarat, seorang ketua eksekutif beria-ria mengatakan bahawa keputusan lembaga pengarah memberikan kuasa meluluskan suatu perjanjian antara organisasi korporat itu dengan satu pihak ketiga kepada suatu badan lain dalam organisasi yang sama sebagai ultra-vires, kerana lembaga pengarah organisasi itu mendapat kuasanya daripada suatu badan lain. Oleh itu perbuatan memberikan kuasa itu adalah menurut ketua eksekutif itu. Betulkah konteks penggunaan terma ultra-vires itu? Apabila diberitahu mengenai maxim undang-undang delegatus non potest delegare, ketua eksekutif dan ahli-ahli mesyuarat mengatakan tidak faham dan penasihat undang-undang bercakap bahasa Jerman! 

Apakah maksud terma undang-undang ultra-vires dan delegatus non potest delegare?

Oleh itu, mari kita belajar undang-undang pentadbiran pada hari ini.

Secara ringkas ultra-vires bermaksud melampaui bidang kuasa. Contohnya Along yang diberikuasa untuk melaksanakan A, B, C dan D, Along hanya boleh melaksanakan dan menjalankan tugas A, B, C dan D sahaja. Sekiranya Along cuba membuat perbuatan X, Y, dan Z yang telah diberikuasa kepada Angah, maka perbuatan Along yang melaksanakan X,Y dan Z itu adalah perbuatan ultra-vires, kerana Along hanya ada bidang kuasa bagi A, B, C, dan D sahaja. X, Y,  dan Z adalah dalam bidang kuasa orang lain iaitu Angah. Along tidak boleh melampaui bidang kuasanya itu.

Manakala delegatus non potest delegare pula bermaksud seseorang yang kuasa itu dturunkan kepadanya, tidak boleh menurunkan lagi kuasa yang sama diturunkan itu kepada orang lain. Contohnya, apabila a kuasa A, B, C, dan D milik Along diturunkan kepada Angah, Angah tidak boleh menurunkan kuasa A, B, C dan D kepada Achik, kerana penurunan kuasa itu berlaku dua kali. Penurunan kuasa A, B, C, dan D hanya boleh berlaku sekali sahaja. 

Jadi bezakan maksud ultra-vires dan delegatus non potest delegare. Dan jangan mengelirukan diri anda dan orang lain mengenai terma-terma ini. Jangan menggunakannya secara salah dalam perbincangan atau mesyuarat. 




Nota: gambar dari laman internet dan meungkin mempunyai hakcipta

Euro 2012 - England lawan Ukraine



Perlawanan terakhir kumpulan D.

Pagi jam 2.45, adakah god will save the queen? Selamatkah England malam ini? Akan ke suku akhirkah pasukan tthe three lions itu? Mengaum sakankah singa-singa itu pagi ini nanti? Pada waktu yang sama Perancis akan melawan Sweeden. Mampukah Samir Nasri menjarinkan gol lagi untuk Perancis? Sama-samalah bersengkang mata pagi ini.




England

lawan

Ukraine 

dan

Sweeden

lawan

Perancis 


Pasukan mana yang akan ke suku akhir nanti?


Kemaskini perlawanan: England 1 - Ukraine 0, Sweeden 2, Perancis 0
Tapi walaupun kalah, Perancis ke suku akhir kerana kelebihan mata perlawanan sebelumnya



Nota: gambar-gambar dari laman internet dan mungkin mempunyai hakcipta

Selasa, 19 Jun 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 8

Malaysia Airlines b777-200


56 jam ke Eropah secara backpacking.

E-tiket ke Paris telah diperolehi. Kebenaran keluar negara daripada ketua jabatan juga telah diperolehi. Insuran perjalanan telah dibeli. Pasport telah lama tersedia. Mata wang Euro dan Sterling telah ditukar. Hampir bersedia sepenuhnya. Dan kelihatannya diri ini juga telah bersedia walaupun rasa gemuruh dan teruja bersilih ganti menunggu 21 Jun 2012.

Kami akan ke Paris dengan kapal boeing 777-200 di atas, jam 11.35 malam melalui KLIA dan mendarat turun di Roisy Charles De Gualle, Paris.

Cumanya e-tiket Malaysia Airlines untuk penerbangan balik dari London ke Kuala Lumpur masih belum diperolehi daripada Air Asia X. Dua emel bertarikh 13hb dan 16hb Jun 2012 tidak langsung berjawab kali ini. Sebelum ini, emel-emel yang dihantar akan sekurang-kurangnya dijawab walaupun e-tiketnya tidak disertakan seperti yang pernah diceritakan dalam catatan yang lalu. 
Owh... kami memerlukan e-tiket untuk balik dari London ke Kuala Lumpur dengan segera bagi membolehkan kami menjawab soalan imigresen Paris dan London sekiranya mereka memerlukan bukti bahawa kami memang akan pulang ke Malaysia dan bukan bercita-cita hendak tinggal di negara Eropah itu! selain itu, e-tiket awal itu jugak akan membolehkan kami menguruskan dengan Malaysian Airlines sama ada kami boleh diupgradekan ke kelas business mengunakan mata enrich kami. Air Asia X ohh Air Asia X... tolonglah percepatkan e-tiket kami. Hari ini menghantar sekali lagi emel ke Air Asia X. Harapannya emel ini dijawab.

 Ya Allah, permudahkan semuanya bagi kami dalam Jelajah Eropah 2012 ini.


Kemaskini Catatan 8: E-tiket untuk perjalanan balik dari London ke Kuala Lumpur telah diperolehi daripada Air Asia X beberapa minit selepas entry ini disiarkan. Terima kasih tim preflight Air Asia X - Natasha, Noel, Firdaus, Afif, Hidayah - atas kerjasama anda melalui komunikasi emel.

Nota: gambar hiasan, jika ada,  diambil dari internet  dan mungkin mempunyai hakcipta



Euro 2012 - Croatia lawan Sepanyol


Perlawanan kumpulan C.

Croatia lawan Sepanyol dan Itali lawan Ireland pada jam 2:45 pagi. Sementara menanti pukul 2:45 pagi, jom tidur dulu.


Apakah keputusan pagi ini?
Mampukah barisan ini



mendiamkan penyokong ini?

 
Kemaskini perlawanan: Croatia 0 - Sepanyol 1, Itali 2, Ireland 0
viva espana!!


nota: gambar-gambar dari laman sesawang yang mungkin mempunyai hakcipta

Isnin, 18 Jun 2012

Euro 2012 - Portugal melawan Belanda



Perlawanan terakhir kumpulan B.

Jom saksikan pada jam 2:45 pagi ini Portugal lawan Belanda dan Denmark lawan Jerman.

Mampukah Portugal menewaskan Belanda dan mendapatkan 3 mata penuh bagi mengatasi kedudukan Jerman kumpulan B? Setakat ini Belanda masih tidak mempunyai apa-apa mata dan besar kemungkinan tersingkir. Jerman pula selesa dengan 6 mata, manakala Portugal dan Denmark masing-masing dengan 3 mata. Berubahkah kedudukan itu pagi ini?

Bola itu bulat. Semuanya serba berkemungkinan!



Dapatkah pasukan  Belanda


menghalang pasukan Portugal dari mendapatkan sebarang mata?


Dan dapatkah Cristiano Ronaldo menjadi wira pasukannya pagi ini?


Kemaskini perlawanan B: Portugal 2 - Belanda 1, Denmark 1 - Jerman 2
Jerman dan Portugal ke peringkat suku akhir


Nota: gambar-gambar dari internet dan mungkin mempunyai hakcipta



Ahad, 17 Jun 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 7

Tiga hari lagi ke tarikh 21 Jun 2012.

Tetiba terasa gemuruh. Cukupkah persediaan kami? Duit euro dan sterling telah ditukar. Cukuplah hendaknya duit yang dibawa dan ditukarkan itu. Di sana nanti, akan tukar sedikit duit euro kepada mata wang Swiss dan Czech koruna. Kedua-dua negara ini  tidak menggunakan mata wang euro.

Tempahan hotel bagi malam pertama di Paris telah dibuat. Rancangan awal untul tinggal di hostel Plug Inn terpaksa diubah kerana bila ingin ditempah melalui internet, tiada lagi katil yang tinggal di hostel itu. Hostel baru ialah hostel Perfect Hostel dan Hotel. Juga di kawasan Montmantre.

Dan tengahari tadi telah membeli beberapa barang dan keperluan untuk dibawa dalam Jelajah Eropah ini. Tuala mikrofibre yang ringan dan cepat kering, terjumpa di Alamanda. Terus dibeli. Kemudian membeli Padlock, wallet keselamatan jenama deuter, alat timbang beg, stokin, maggi dan makanan lain.







Sekarang, cuma menantikan e-tiket daripada Air Asia X untuk perjalanan pulang dari London ke Kuala Lumpur. Harapannya diemelkan sebelum kami bertolak nanti agar mudah urusan kami.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini. Amin...


Euro 2012 - Greece lawan Russia




Perlawanan kumpulan A.

Pagi ini perlawanan kumpulan A peringkat terakhir. Perlawanan terakhir untuk mendapatkan mata tertinggi dan kedua tertinggi untuk layak ke suku akhir. Greece melawan Russia dan Czech melawan Poland pagi pada pukul 2:45 pagi nanti. Berbanding malam-malam sebelumnya, peminat Euro boleh tidur dahulu sebelum bangun pada pagi nanti, kerana semua perlawanan terakhir peringkat kumpulan selepas ini dijadualkan pada pukul 2:45 pagi.

Pasukan dalam kumpulan A mana yang akan melangkah bergaya ke suku akhir? Setakat ini Russia dan Czech merupakan dua pasukan yang mengumpul mata tertingg: Russia 4, Czech 3. Berlaku kejutankah dari Poland dan Greece yang masing-masingnya dengan 2 dan 1 mata?

Bola itu bulat...

Kemaskini perlawanan: Greece 1 - Russia 0, Czech 1 - Poland 0
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...