Selasa, 15 Mei 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 4



Membelek-belek pasport.

Tarikh dikeluarkan 18 Oktober 2007. Tarikh tamat sahlaku 18 Oktober 2012. Tarikh Jelajah Eropah 21 Jun 2012. Owh tidak... tempohnya kurang daripada 6 bulan. Perlu perbaharui pasport. Ya... akan dibuat dalam minggu ini juga. Pasport keempat pastinya kali ini.

Kali pertama pasport dibuat pada tahun 1996. Sewaktu menjadi pelajar di Universiti tempatan dulu. Tujuannya pada waktu itu untuk ke Los Angeles, Amerika Syarikat mengikuti program rombongan Universiti. Dan ada visa Amerika Syarikat di pasport itu. Sahlaku pasport 5 tahun, tapi visanya 10 tahun. Sayangnya pasport itu hanya digunakan sekali dua sahaja. Tamat sahlaku pada tahun 2001. Perjalanan utamanya ialah ke negara Uncle Sam itulah pada tahun 1996. Kemudiannya digunakan sekali lagi pada tahun 2000 untuk ke Singapura.

Tahun 2001 membuat pasport ke-2. Tujuannya perjalanan kerja selama 2 minggu ke United Kingdom - London, Birmingham, Cardiff dan terus pula ke New York - Boston dengan British Airways. Pada waktu itu perlu juga membawa pasport lama kerana visa Amerika Syarikat yang tempoh sahlakunya sepuluh tahun itu ada di pasport lama. Hahah.. bawa 2 pasport sekaligus. Sekarang ini, tidak semudah itu Amerika Syarikat akan memberi visa. Perlu ditemubual dahulu. Fobianya mereka dengan orang Islam. Sebelum tamat tempoh 5 tahun pada tahun 2006, pasport itu dicop juga dengan cop imigresen Sabah dan Sarawak.

Tahun 2007 membuat pasport baru. Kali kerana perjalanan sendiri bersama kawan-kawan ke Bangkok. Pasport baru ini mempunyai cop imigresen Thailand, Perancis, United Kingdom, Indonesia, Hong Kong, Australia, Vietnam dan Singapura. Stamp perjalanan yang telah dilalui setakat ini. Dan untuk Jelajah Eropah 2012, pasport baru perlu dibuat. Semoga Allah memudahkan urusan kami dalam Jelajah Eropah 2012 ini

Jom pergi buat pasport baru untuk Jelajah Eropah 2012!!

nota: gambar sekadar hiasan dari internet

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...