Sabtu, 19 April 2014

Jersey Boys: The Story of Frankie Valli & The Four Seasons II

 
 
3:00 petang. Sabtu.
 
Seawal pukul 2:10 petang sudah tercongok di lobi Panggung Sari Istana Budaya walaupun persembahannya hanya bermula pada pukul 3:00 petang. Pintu ke dalam panggung dibuka seawal pukul 2:30 petang. Dimulakan dengan nyanyian Negaraku, persembahan bermula tepat jam 3:00 petang. Bagus.
 
Persembahan yang hebat. Set pentas yang ringkas dan pertukaran antara babak ke babak yang lincah. Ada kegembiraan dan kelucuan. Ada kesedihan. Medley lagu-lagu The Four Seasons yang best lagi menghiburkan seperti Sherry, Big Girl Don't Cry dan Walk Like A Man. Dan sebab itu, sebilangan penonton pada akhir persembahan telah berdiri dan menari bersama. Best. Suka. Kalaulah bukan kerana harga tiket yang mencecah ratusan ringgit, harus juga diulang lihat teater ini lagi. Hahaha...
 
Dan owh... pada akhir persembahan di luar panggung ada sesi bergambar dengan pelakon utama teater ini bagi yang membeli buku program. Makanya beraturlah juga yours truly untuk sesi bergambar itu. Tidak lama kerana bukan semua pun yang membeli buku program itu. Sempat juga memuji sebelum bergambar - great show guys!
 
 
 
Bagi yang tidak tahu, teater muzikal ini bermula pada 15hb April hingga 27hb April 2014.
 
"You sell a hundred million records. See how you handle it." Nick Massi.
 


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...