Selasa, 1 Mei 2012

Langkawi 26 - 29 April 2012

Bertolak dengan MH1438 pada pukul 11.00 pagi, 26 April 2012. Mendarat di Langkawi pada pukul 12.00 tengahari. Menyewa myvi dengan harga rm 250 untuk tiga hari. Dan terus ke Mali Best resort di pantai Cenang serta mengambil chalet yang memang berhadapan dengan pantai. Wah... ombak yang bergulung-gulung dengan nyaman angin laut tu amat mendamaikan. Hilang segala tekanan berkerja selama ini melihatkan suasana itu. Dan owh... Mali Best sudah menaiktarafkan chaletnya itu. Pintu chaletnya tidak lagi menggunakan anak kunci tetapi sudah mengunakan kad sesentuh seperti hotel. Patutlah harganya dirasakan mahal kali ini.

4 hari di situ dihabiskan dengan berendam di laut pantai Cenang. Hahaha... bukan berenang ya..kerana saya memang tidak tahu berenang! hanya berendam... selain dari mengunjung kedai Hj Ismail group dan Idaman Suri. Cuma kali ini tidak bersempatan merasa 'laksa power' di tepi lapangan terbang walaupun berulang alik jalan itu setiap hari.


Sebeban coklat daim, hershey, toblerone, kinder bueno dan set makan malam corelle nampaknya mengiringi perjalanan balik  Kuala Lumpur dengan MH1449 pada 29 April 2012.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...