Selasa, 2 Oktober 2012

Mabuhay Escapade 2012 - Catatan 2 (MH802)

MH802.
Mengira detik ke penerbangan MH802 pada pukul 1:40 tengahari 4hb Oktober 2012 ke Lapangan Terbang Ninoy Aquino di Manila.
Sehari lagi ke 4hb Oktober 2012. Daftar masuk melalui laman sesawang Malaysian Airlines telah dibuat tengahari tadi dengan security number 1 & 2 masing-masingnya. Kalau mengikut sistem, itu ialah orang pertama dan kedua yang mendaftar masuk untuk penerbangan itu.
Sengaja mendaftar awal melalui laman sesawang kerana ingin mendapatkan tempat duduk di hadapan. 9E dan 9F. Malaysia Airlines tidak mengenakan bayaran memilih tempat duduk bagi penerbangannya sekiranya pemilihan itu dibuat 48 jam sebelum penerbangan dengan mendaftar masuk secara atas talian. Lagi pun teorinya ialah, kalau duduk di depan, kurang gegarannya semasa kapal melanggar awan atau angin yang kuat. Dan lagi teorinya, ialah orang duduk depan dalam kapal, sampai dahulu ke destinasinya berbanding orang yang duduk di belakang. Ngee... Harapnya penerbangan tidak penuh nanti supaya ada juga ruang lapang di antara tempat duduk itu.
Dan sempat juga tadi mencetak maklumat ini dari laman sesawang ini http://halalmanila.blogspot.com/ untuk dibawa ke Manila nanti. Penting juga mencari makanan halal semasa di sana nanti, walaupun makanan segera Berahim ada sebagai stok.
Ya Allah... Permudahkanlah perjalanan kami. Ameen..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...