Sabtu, 29 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 5



Ahad.

23hb Disember 2012.
 
Ya. Masih lagi cerita mengenai pasar hujung minggu Chatucak.
 
Dalam perjalanan balik ke stesen MRT Sam Yan. Kali ini menuju arah bertentangan dari Bang Sue - arah Hua Lamphong. Tetapi sebelum memasuki stesen MRT Kamphaeng Phet, ada gerai menjual air. Owh... bukankah itu teh tarik?
 
 
 
 
Erk... teh tarik Chatucak? Atau teh tarik Thailand?  Teruja melihat teh tarik dibuat di pasar ini. Tapi.. bukankah ini patutnya warisan Malaysia? Teh tarik dan roti canai?
 
Err... Kalau Malaysia tidak cepat-cepat menuntut teh tarik ini sebagai warisan dari Malaysia, suatu masa nanti Thailand akan menuntutnya sebagai warisan Thailand. Kementerian-Kementerian yang berkenaan cepatlah berbuat sesuatu.
 
 
nota: gambar dan klip video milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta.

Jumaat, 28 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 4

 
 
Ahad.
 
23hb Disember 2012.
 
Hari ini ke pasar hujung minggu Chatucak lagi. Tujuan utama hendak mengepos poskad-poskad yang dibeli pada hari Sabtu lepas. Betullah maklumat dalam buku Traveller Thailand oleh National Geographic yang dibeli di Big Bad Wolf yang lepas - Pejabat Pos di Chatucak dibuka pada hujung minggu. 15 Thai Baht sekeping poskad. Entah siapa penerima poskad-poskad ini. Hee...
 
 
 
 
Kemudian menjelajah ke pasar Chatucak. Salah satu seksyen yang dilawati hari ini ialah seksyen buku-buku. Wah sangat banyak buku. Hanya malangnya, kebanyakannya dalam bahasa Thailand.
 
 
 
 
Dan di sebelah kanan menara jam dalam gambar yang paling atas, ada kedai makanan Islam - Saman Islam. Tetapi pelanggannya sangat ramai. Meja sangat penuh. Akhirnya hanya membeli bungkus nasi berlaukkan ayam goreng.
 
 
Wah... pasar ini sangat best....
 
 
Nota: gambar-gambar milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta

Ahad, 23 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 3


 
 
Semalam.
 
Dari stesen MRT Sam Yan yang berhampiran hostel Take A Nap, terus menuju ke pasar Chatucak. Turun di stesen Kamphaeng Phet dengan harga tiket Thai Baht 40. Kalau naik MRT, jangan tertipu dengan satu stesen sebelum stesen Kamphaeng Phet, iaitu stesen Chatucak Park. Kalau turun di situ, kena berjalan sedikit untuk ke pasar Chatucak. Dan Naik dari stesen  MRT Sam Yan menuju ke arah Bang Sue. Bukannya arah Hua Lamphong ya. Apabila sampai di stesen Kamphaeng Phet, keluar melalui exit 2. Betul-betul nanti akan berada di pintu masuk Chatucak.
 
 
 
Lebih daripada setengah hari dihabiskan di sini membelek gerai-gerai dan barang-barang yang pelik dan jarang dijumpai yang ada di sini. Hasilnya, sejumlah poskad untuk diposkan dan beberapa helai sarung Thailand yang dibeli. T-shirt, walaupun murah, sudah tidak hendak beli sebab sudah banyak t-shirt daripada Jelajah  Eropah 2012 pada bulan Jun yang lepas.
 
Semasa balik, membeli empat kebab dari sebuah gerai halal yang ada di pasar itu... untuk makan tengahari dan malam. Hahaha...
 
Malam ke kawasan Silom dan singgah untuk urutan thailand tanpa minyak. Sejam hanya Thai Baht 250. Sungguh lega lenguh-lenguh kaki akibat berjalan seharian di Chatucak.
 
Jam 10 malam waktu Thailand terus terlelap di Take A Nap...
 
 
 
Nota: gambar-gambar milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...