Sabtu, 5 Januari 2013

Sawadikap Esacapade 2012 - Catatan 8 (akhir)

Perjalanan ke Bangkok secara solo telah selesai. Semuanya terakam dalam klip ini...



Sawadikap Escapade 2012 Slideshow: Kasturi’s trip to Bangkok was created with TripAdvisor TripWow!

Khamis, 3 Januari 2013

Perjalanan Gah A380: Catatan 1 (Tebus Mata Enrich)


A380. MH02. Golden Club. 13hb - 27hb Jun 2012.

Perjalanan Gah ini akan terjadi sekira umur panjang dan keadaan kesihatan membenarkan. Insya-Allah. Diskaun penebusan mata enrich sebanyak 50 peratus yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines dari 1hb - 31hb Disember 2012 memungkinkan perjalanan ini dilakukan dengan penuh gaya. Ke London dengan MH02 dan balik ke Kuala Lumpur dengan MH01, perjalanan pergi balik dengan tiket kelas perniagaan dengan harga semurah RM2,500 sahaja pada bulan Jun 2013 nanti.

Berdebar-debar menunggu saat itu...

semoga Allah permudahkan perjalanan ini. Ameen



nota: gambar-gambar A380 diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta. 

Selasa, 1 Januari 2013

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 7


 
Selasa.

25hb Disember 2012.

Hari terakhir di Bangkok. Penerbangan pulang MH781 pada jam 7.55 malam waktu Bangkok. Masih ada waktu untuk merayau-rayau. Dalam pukul 10:30 pagi bersiap-siap untuk mendaftar keluar hostel. Tetapi beg besar itu ditinggalkan di Take A Nap sementara menunggu petang.
 
Untuk menghabiskan masa, memutuskan untuk ke Siam Discovery.  Ke Madame Tussauds Bangkok. Bukanlah tidak pernah ke tempat patung lilin ini di London dan Hong Kong. Sengaja ini melihat kelainan yang ada di Bangkok. Bayaran masuk lebih kurang 800 Thai Bhat.
 
 
 
Owh... ada  Cristiano Ronaldo.
 
 
 
 
Dan ada Tun Mahathir Mohamed juga di sini.
 

 
 
 
 
Cumanya Madame Tussauds ini tiada seksyen patung-patung seram seperti di London dan Hong Kong.
 
Selepas menghabiskan masa di Siam Discovery, berjalan ke MBK untuk makan tengahari di Yana Restauran. Hari terakhir ini memesan tom yam dan teh ais. Authentic Thailand tom yam seafood.
 

 
Selesai makan, berjalan-jalan lagi di MBK sehingga pukul 3 petang lebih, barulah ke Take A Nap mengambil beg dan menunggu teksi ke lapangan terbang Suvarnabhumi.
 
Oleh kerana Thailand tidak bercuti pada hari Natal, perjalanan ke lapangan terbang agak mengambil masa kerana pukul 4 lebih itu ialah waktu keluar pejabat bagi Thailand. Suasana di jalan menjadi sesak. Apapun selamat sampai di lapangan terbang dalan pukul 5 petang lebih. Mendaftar masuk MH781 di kaunter L, melepasi imigresen thailand dan pemeriksaan keselamatan dan terus menuju ke pintu D5 untuk balik ke Malaysia. Alhamdullilah, penerbangan tidak tunda. Bye-bye Bangkok. Dan pukul 11:10 malam selamat mendarat ke KLIA.
 
 
 
nota: gambar-gambar milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta.

 

Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat tahun baru masihi 2013.

 
 
Semoga semua azam tahun baru tercapai pada penghujung 2013 nanti.


Nota: klip video diambil dari laman sesawang internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Ahad, 30 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 6

 
 Isnin
 
24hb Disember 2012.

Hari ini membeli pas sehari BTS kerana hendak menggunakan BTS seharian daripada pagi hingga malam. Harga pas sehari 130 Thai Bhat. Agak berbaloi rasanya kalau dalam sehari itu berulang alik menaiki BTS ke utara, selatan, timur dan barat Bangkok. Kalau tersalah arah atau stesen pun tidak mengapa. Tidak perlu membeli tiket yang lain, selain memudahkan kerana tidak perlu sentiasa beratur menukar syiling dan kemudian berkomunikasi pula dengan mesin tiket BTS membeli tiket yang betul.
 
Destinasi pertama ke stesen Phya Taksin. Menuju ke Tambangan sungai Chao Phraya. Bukan untuk menaiki sampan sepanjang sungai itu, hanya ingin menyusuri jalan menuju ke Royal Orchid Sheraton, mencari Pejabat Pos Besar Thailand. Dalam perjalanan boleh juga melihat Masjid Harun dan kedai-kedai sekitar. Malangnya, Pejabat Pos itu dalam pengubahsuaian besar. Sepertinya pembinaan semula sahaja. Tetapi urusan biasa pos masih dibuat di sebuah bangunan bersebelahan. Sempat membeli kolesi setem diraja Thailand sempena sambutan ulangtahun Raja Bhumipol.
 
 
 
  
Hahaha... bersusah payah menapak dan berpusing-pusing mencari pejabat pos besar. Dan sepanjang perjalanan itu beria-ia pemandu tuk tuk menawarkan perkhidmatan mereka. Tapi... tidaklah.. lebih baik menapak. Boleh melihat lokal dengan lebih dekat.
 
Dan lagipun tidaklah sejauh mana.
 
 
 
Kemudian terus ke stesen Nasional Stadium. Ke MBK. bertingkat-tingkat bangunan ini dijelajahi. Memang banyak barang yang boleh dibeli di sini. Seolah-olahnya Chatucak versi berhawa dingin dalam bangunan! Dan makan tengahari di restoran Yana di tingkat 5 MBK. Restoran halal. Arghh tension... dipenuhi dengan ramai orang Malaysia dan Indonesia rasanya. Nasib baik ada satu meja kosong. Tetapi kerana datang seorang diri di restoran ini, terasa diperhatikan mata-mata pengujung lain. Ouch...
 
 
Makan lewat tengahari - nasi goreng USA. Hah! ada juga nasi goreng itu di Bangkok!!
 
Malamnya pula pergi ke kawasan Arab di Bangkok. Masih menggunakan pas sehari BTS. Dari stesen Sala Daeng, berhenti di Siam dan menukar tren ke Nana. Sememang seperti Bangkok bertukar wajah menjadi dunia Arab. Agak lama berjalan-jalan dan menghabiskan masa di kawasan ini sebelum balik ke Hostel Take A Nap untuk tidur.
 
Nota: gambar-gambar milik Kasturi Azzuri dan mempunyai hak cipta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...