Rabu, 20 Jun 2012

Undang-Undang Pentadbiran 101



Dalam suatu mesyuarat, seorang ketua eksekutif beria-ria mengatakan bahawa keputusan lembaga pengarah memberikan kuasa meluluskan suatu perjanjian antara organisasi korporat itu dengan satu pihak ketiga kepada suatu badan lain dalam organisasi yang sama sebagai ultra-vires, kerana lembaga pengarah organisasi itu mendapat kuasanya daripada suatu badan lain. Oleh itu perbuatan memberikan kuasa itu adalah menurut ketua eksekutif itu. Betulkah konteks penggunaan terma ultra-vires itu? Apabila diberitahu mengenai maxim undang-undang delegatus non potest delegare, ketua eksekutif dan ahli-ahli mesyuarat mengatakan tidak faham dan penasihat undang-undang bercakap bahasa Jerman! 

Apakah maksud terma undang-undang ultra-vires dan delegatus non potest delegare?

Oleh itu, mari kita belajar undang-undang pentadbiran pada hari ini.

Secara ringkas ultra-vires bermaksud melampaui bidang kuasa. Contohnya Along yang diberikuasa untuk melaksanakan A, B, C dan D, Along hanya boleh melaksanakan dan menjalankan tugas A, B, C dan D sahaja. Sekiranya Along cuba membuat perbuatan X, Y, dan Z yang telah diberikuasa kepada Angah, maka perbuatan Along yang melaksanakan X,Y dan Z itu adalah perbuatan ultra-vires, kerana Along hanya ada bidang kuasa bagi A, B, C, dan D sahaja. X, Y,  dan Z adalah dalam bidang kuasa orang lain iaitu Angah. Along tidak boleh melampaui bidang kuasanya itu.

Manakala delegatus non potest delegare pula bermaksud seseorang yang kuasa itu dturunkan kepadanya, tidak boleh menurunkan lagi kuasa yang sama diturunkan itu kepada orang lain. Contohnya, apabila a kuasa A, B, C, dan D milik Along diturunkan kepada Angah, Angah tidak boleh menurunkan kuasa A, B, C dan D kepada Achik, kerana penurunan kuasa itu berlaku dua kali. Penurunan kuasa A, B, C, dan D hanya boleh berlaku sekali sahaja. 

Jadi bezakan maksud ultra-vires dan delegatus non potest delegare. Dan jangan mengelirukan diri anda dan orang lain mengenai terma-terma ini. Jangan menggunakannya secara salah dalam perbincangan atau mesyuarat. 




Nota: gambar dari laman internet dan meungkin mempunyai hakcipta

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...