Selasa, 13 Mei 2014

Tip Kembara: Biasakan Diri Dengan Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur


Kalau kembara secara backpack dan tidak guna travel agent, kita kenalah pandai menggunakan pengangkutan awam di tempat yang dituju itu. Jangan bimbang, banyak maklumat mudah diperoleh mengenai pengangkutan awam di luar negara melalui internet. Cuma kita perlu biasakan diri membuat penyelidikan dan memahami maklumat itu.

Satu cara yang baik setelah mendapat maklumat pengangkutan awam yang dikehendaki tu, cuba-cubalah praktiskan di Kuala Lumpur dahulu. Sebabnya sistem pengangkutan awam seperti LRT, Monorail, Komuter di Malaysia hampir sama sistemnya dengan kebanyakan negara luar. Daripada cara nak membeli tiket, n. memasuki platform, platform menunggu, stesen pertukaran tren, dan keluar stesen. Biasa-biasakan diri membaca tanda arah, simbol dan peta pengangkutan awam. 


Contohnya, cara membeli tiket atau coin dari stesen LRT Bandar Tasik Selatan ke KLCC,  lebih kurang sama dengan cara membeli tiket atau coin MRT di Bangkok untuk ke Stesen Chatucak Park. Dan jangan pula tak tahu, rasanya kita yang meniru Thailand dalam sistem tiket guna coin ini. Jadi Biasa-biasakan cara nak tiket di Malaysia dahulu. Begitu juga dengan stesen pertukaran untuk menukar tren.

Ikut pengamatan yours truly setakat ini, sama ada di London, Berlin, Paris, Bangkok atau Singapura, sistem pengangkutan awam itu direkabentuk dengan cara yang lebih kurang serupa. Sistemnya lebih kurang sama. Tentulah ada satu atau dua perkara yang berbeza, macam di Berlin, sebaik membeli tiket di mesin, boleh terus naik tren. Tidak ada pintu-pintu sekatan yang perlu dimasukkan tiket dan tiada pun siapa yang memeriksa tiket itu sebelum memasuki platfrom. Tapi jangan pula tidak membeli tiket. Sekali-sekala tiket itu akan diperiksa dalam tren. Kalau tidak ada tiket, kenalah membayar denda.

Dan akhirnya, tentulah kena bertanya dengan orang tempatan. Tapi sekurang-kurangnya apabila kita biasa dengan sistem pengangkutan di sini, dan kita tahu membaca peta tren, kita boleh dengan pantas memahami cara dan sistem pengangkutan di negara luar. Kita juga jadi lebih yakin dan berani dengan pengangkutan awam yang kita naiki itu di negara luar sungguhpun kita berjalan solo.

Selamat mengguna pengangkutan awam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...