Sabtu, 8 Mac 2014

Mendoakan Keselamatan MH370


 


Gambar papan tanda elektronik di Lapangan Terbang Beijing yang tidak menyatakan masa  jangkaan kapal terbang MH370 tiba dan mendarat di Lapangan terbang itu. Hanya masa berlepas dari Kuala Lumpur dinyatakan di situ. Pesawat Malaysia Airlines dari KLIA ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar sejak jam 2:40 pagi tadi. Telah lebih 12 jam kehilangan itu, dan kita masih menunggu pengesahan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Boeing 777-200 itu. Malaysia Airlines hanya mengesahkan pesawat itu hilang daripada radar dan usaha untuk mencarinya sedang digerakkan.
 
Pesawat MH370 sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6:30 pagi. Dan kehilangan itu berlaku selepas dua jam pesawat berlepas.
 
 
 
 
Berita lanjut boleh dibaca di laman Malaysiakini ini.
 
Sebagai seorang yang selalu juga menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines, kejadian seperti ini agak mengganggu fikiran juga. Apapun semuanya telah ditentukan Allah yang Maha Berkuasa.
 
Marilah kita mendoakan keselamatan pesawat MH370 dan penumpang serta anak kapalnya. Mudah-mudahan keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini.
 
Hasbunallahu wa ni’mal wakeel, ni’mal maula wa ni’man naseer...
 
 
Nota: gambar diambil daripada laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta


Rabu, 5 Mac 2014

Kempen Dalam Talian untuk Israeli Apartheid Week 2014



Marilah menjayakan Kempen Global Israeli Apartheid Week (IAW) yang  berlangsung selama 2 minggu iaitu bermula 3 Mac sehingga 16 Mac ini. Tuliskan slogan ini di facebook  dan juga laman sesawang anda -

1) We support the boycott of apartheid Israel
2) End the occupation! Free Palestine!
3) I support Israeli Apartheid Week


 
End the occupation! Free Palestine!
 
Semoga kempen ingin berjaya. Iringkan doa kepada saudara kita di Palestin, Syria, Mesir dan di mana saja muslim ditindas.
 
Wahai Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin,
Ya Tuhan kami, Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin,
Ya Tuhan kami, Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka
 
Ameen

 
 
Nota: Gambar dan doa diambil daripada laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta


Selasa, 4 Mac 2014

Jersey Boys: The Story of Frankie Valli & The Four Seasons

 
 
Tiba-Tiba terasa teruja. Excited dan tidak keruan!
 
Pementasan teater Jersey Boys datang ke Malaysia dan akan dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 15hb - 27hb April 2014. Para pelakon pementasan ini  katanya sama seperti pelakon Jersey Boys di Singapura tahun lepas. Tiket telah pun mula dijual di Ticketcharge dengan harga antara RM200 hingga RM680 dan pembelian sehingga 16hb Mac 2014 akan diberikan diskaun 15%. Selepas itu harga normal akan dikenakan. Semakan dengan laman sesawang Ticketcharge mendapati persembahan pada 15hb dan 16hb malam tidak tersedia. Apapun persembahan pada pementasan hari lain masih banyak yang boleh dibeli. Dan tiada pementasan pada hari Isnin.
 
Dan owh... katanya penerbit pementasan telah bersetuju untuk menyederhanakan lenggok bahasa dan perkataan yang digunakan oleh watak dalam pementasan ini tanpa menghilangkan jalan cerita dan semangat pementasan ini supaya sesuai dengan budaya Malaysia dan dapat ditonton seisi keluarga.. Ada yang telah mengkritik dengan mengatakan kalau begitu, tidaklah pementasan ini asli lagi. Hahaha... masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, ya tak?
 
Kerana yours truly tidak sempat menonton teater ini semasa di London tahun pada 2013 dulu, makanya tiket persembahan matinee pada 19hb April 2014 telah dibeli dalam talian. Tidak sabar pula hendak menunggu tarikh itu dan melihat bagaimana teater ini dipentaskan di Istana Budaya dan Malaysia nanti.
 
Mari saksikan klip video promosi Jersey Boys sewaktu pementasan di Singapura-
 
 
 
Jom membeli tiket diskaun!!
 

Nota: Gambar dan klip video diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...