Sabtu, 8 Mac 2014

Mendoakan Keselamatan MH370


 


Gambar papan tanda elektronik di Lapangan Terbang Beijing yang tidak menyatakan masa  jangkaan kapal terbang MH370 tiba dan mendarat di Lapangan terbang itu. Hanya masa berlepas dari Kuala Lumpur dinyatakan di situ. Pesawat Malaysia Airlines dari KLIA ke Beijing telah dilaporkan hilang daripada radar sejak jam 2:40 pagi tadi. Telah lebih 12 jam kehilangan itu, dan kita masih menunggu pengesahan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Boeing 777-200 itu. Malaysia Airlines hanya mengesahkan pesawat itu hilang daripada radar dan usaha untuk mencarinya sedang digerakkan.
 
Pesawat MH370 sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6:30 pagi. Dan kehilangan itu berlaku selepas dua jam pesawat berlepas.
 
 
 
 
Berita lanjut boleh dibaca di laman Malaysiakini ini.
 
Sebagai seorang yang selalu juga menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines, kejadian seperti ini agak mengganggu fikiran juga. Apapun semuanya telah ditentukan Allah yang Maha Berkuasa.
 
Marilah kita mendoakan keselamatan pesawat MH370 dan penumpang serta anak kapalnya. Mudah-mudahan keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini.
 
Hasbunallahu wa ni’mal wakeel, ni’mal maula wa ni’man naseer...
 
 
Nota: gambar diambil daripada laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...