Selasa, 4 Mac 2014

Jersey Boys: The Story of Frankie Valli & The Four Seasons

 
 
Tiba-Tiba terasa teruja. Excited dan tidak keruan!
 
Pementasan teater Jersey Boys datang ke Malaysia dan akan dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 15hb - 27hb April 2014. Para pelakon pementasan ini  katanya sama seperti pelakon Jersey Boys di Singapura tahun lepas. Tiket telah pun mula dijual di Ticketcharge dengan harga antara RM200 hingga RM680 dan pembelian sehingga 16hb Mac 2014 akan diberikan diskaun 15%. Selepas itu harga normal akan dikenakan. Semakan dengan laman sesawang Ticketcharge mendapati persembahan pada 15hb dan 16hb malam tidak tersedia. Apapun persembahan pada pementasan hari lain masih banyak yang boleh dibeli. Dan tiada pementasan pada hari Isnin.
 
Dan owh... katanya penerbit pementasan telah bersetuju untuk menyederhanakan lenggok bahasa dan perkataan yang digunakan oleh watak dalam pementasan ini tanpa menghilangkan jalan cerita dan semangat pementasan ini supaya sesuai dengan budaya Malaysia dan dapat ditonton seisi keluarga.. Ada yang telah mengkritik dengan mengatakan kalau begitu, tidaklah pementasan ini asli lagi. Hahaha... masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak, ya tak?
 
Kerana yours truly tidak sempat menonton teater ini semasa di London tahun pada 2013 dulu, makanya tiket persembahan matinee pada 19hb April 2014 telah dibeli dalam talian. Tidak sabar pula hendak menunggu tarikh itu dan melihat bagaimana teater ini dipentaskan di Istana Budaya dan Malaysia nanti.
 
Mari saksikan klip video promosi Jersey Boys sewaktu pementasan di Singapura-
 
 
 
Jom membeli tiket diskaun!!
 

Nota: Gambar dan klip video diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...