Ahad, 1 September 2013

50 Tahun Muzium Negara Malaysia

 
 
Sempena 50 tahun Muzium Negara, Pos Malaysia membuat keluaran khas setem dan sampul hari pertama Muzium & Artifak pada 31hb Ogos 2013. Keluaran setem ini katanya mempunyai thermochromic ink. Sekiranya dakwat ini dikenakan pada suhu +-37 darjah celcius, akan kelihatan artifak di setem tersebut. Dan bagi yang ke Muzium Negara pada hari Kemerdekaan, boleh membeli keluaran itu pada hari itu dan membatalkan dengan cop pembatalan khas tertera 'Muzium Khas'. Bagi jualan biasa, keluaran ini dijual pada 2hb September 2013 di pejabat-pejabat pos. Cop pembatalan biasa hanya tertera 'Kuala Lumpur', atau nama pejabat-pejabat pos yang dibeli keluaran itu.
 
Jom lihat reka bentuknya -
 
set setem
 
 
lembaran setem
 
 
sampul hari pertama
 
 
 sampul hari pertama dengan set setem
cop pembatalan biasa pada 2hb September 2013 di Pejabat Pos Kuala Lumpur
 
 
 
 
cop pembatalan khas pada 31hb Ogos 2013 di Muzium Negara sahaja
 
Jangan lupa mengunjungi pejabat pos anda untuk membeli keluaran ini pada 2hb September 2013 ini...
 
 
 
Nota: gambar-gambar diambil dari laman sesawang Pos Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...