Sabtu, 7 Disember 2013

Tip Kembara: Don't locked yourself out of your room...

AMARAN: Awas entri 18SX


Oppss... Maafkan saya.

Klip video di atas ini bersifat 18sx. Jangan diketip play kalau tidak mahu melihatnya.

Namun ia cuma sekadar pengajaran kepada pengembara, penjelajah dan traveller di luar sana yang selalu ke sana sini dan bermalam di hotel atau hostel. Jangan fikir tiada orang di laluan hotel dan anda hanya ingin letakkan bekas makanan yang telah ditempah daripada room service, di luar bilik hotel yang tidak sampai pun 5 saat, anda boleh keluar dengan berpakaian tabie - tanpa pakaian. Berhati-hatilah kerana pintu bilik akan tertutup dari dalam. Dan ada juga kamera keselamatan di laluan hotel itu.

Hahahaha...
Tidak tahu mahu rasa kasihan atau ketawa melihat kejadian ini. Entah betul entah tidak kejadian ini. Kalau betul, memanglah nanges.... Apapun, ambillah pengajaran daripadanya..

Adoyai... masih ketawa panjang....


Nota: klip video di ambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Jumaat, 6 Disember 2013

Big Bad Wolf 2013


Jualan Big Bad Wolf kembali lagi pada 2013 ini.
 
Dari 6 hingga 15 Disember 2013 di Miecc di the Mines. Tempat yang sama seperti pada tahun lepas.  Kali ini jualannya 24 jam bermula pada jam 7 pagi 6hb Diesmber 2013 itu sehingga jam 9 malam, 15hb Disember 2015. Jangan ketinggalan mendapatkan buku yang murah tahun ini. Rasa ternampak buku berkaitan dengan setem ada terjual di sana dalam gamabr-gambar promosi yang disiar di laman sesawang Big Bad Wolf. Nanti akan cuba mencari di sana.
 
Dan semoga semangat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia terus membara...
 
 
Nota: gambar diambil dari laman sesawang Big Bad Wolf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...