Isnin, 26 Disember 2011

SBPA dan Cuepacs

Skim Baru Perkhidmatan Awam. Itulah yang sekarang ini heboh dan terhangat dalam perkhidmatan awam Malaysia. Satu skim yang akan mengantikan skim perkhidmatan terdahulu iaitu Skim Saraan Malaysia. Ramai dalam kalangan kakitangan awam tertanya_tanya mengenai faedah SPBA ini. Adakah lebih baik dari SSM? Atau lebih buruk? Sebelum keluar pekeliling mengenai skim baru ini, Cuepacs telah mengadakan jerayawara kepada kakitangan awam mengenai kebaikan dan kelebihan skim baru ini. Tetapi sebaik keluarnya pekeliling JPA mengenai skim ini, Cuepacs menyatakan kekesalannya terhadap skim dan JPA. Bagaimanapun, kedua-duanya - Cuepacs dan JPA telah berunding. Dan akhirnya bersepakat tarikh akhir mengembalikan pilihan beralih kepada skim baru SPBA dilanjut sehingga 15 Januari 2012. JPA juga katanya bersetuju untuk membuat semakan setiap 3 bulan mengenai skim ini bersama Cuepacs.

Apapun, setiap sesuatu itu pasti boleh dilihat dengan dua malah lebih pandangan berbeza. Sepertinya sekeping syiling, ada yang melihat angka yang tertera, ada yg melihat bunga. Masing-masing berhak dengan pendapat dan pandangan masing-masing. Asalkan perkhidmatan kepada rakyat tetap diutamakan. Asalkan kebajikan rakyat tidak tergendala kerana perbalahan yang tidak sepatutnya.

Dan owh.. Tolonglah kawal kenaikan harga barang yang secara tiba-tiba telah melonjak. Kakitangan awam belum pun menerima lagi skim gaji baru itu. Hujung Januari 2012 nanti barulah gajinya. Bukan sekarang!! Jangan naik harga sekarang. Kawallah inflasi ini daripada berlaku. Kasihanlah pada rakyat marhaen ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...