Ahad, 17 Jun 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 7

Tiga hari lagi ke tarikh 21 Jun 2012.

Tetiba terasa gemuruh. Cukupkah persediaan kami? Duit euro dan sterling telah ditukar. Cukuplah hendaknya duit yang dibawa dan ditukarkan itu. Di sana nanti, akan tukar sedikit duit euro kepada mata wang Swiss dan Czech koruna. Kedua-dua negara ini  tidak menggunakan mata wang euro.

Tempahan hotel bagi malam pertama di Paris telah dibuat. Rancangan awal untul tinggal di hostel Plug Inn terpaksa diubah kerana bila ingin ditempah melalui internet, tiada lagi katil yang tinggal di hostel itu. Hostel baru ialah hostel Perfect Hostel dan Hotel. Juga di kawasan Montmantre.

Dan tengahari tadi telah membeli beberapa barang dan keperluan untuk dibawa dalam Jelajah Eropah ini. Tuala mikrofibre yang ringan dan cepat kering, terjumpa di Alamanda. Terus dibeli. Kemudian membeli Padlock, wallet keselamatan jenama deuter, alat timbang beg, stokin, maggi dan makanan lain.







Sekarang, cuma menantikan e-tiket daripada Air Asia X untuk perjalanan pulang dari London ke Kuala Lumpur. Harapannya diemelkan sebelum kami bertolak nanti agar mudah urusan kami.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ini. Amin...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...