42 hari ke 21 Jun 2012 - hari Jelajah Eropah bermula. Keterujaan semakin meninggi!
Selepas disahkan penerbangan Air Asia X kami ke Eropah telah digantikan dengan penerbangan Malaysia Airline MH20, harapan kami sangat berbunga untuk cuba menaiktarafkan tiket ekonomi ke kelas perniagaan dengan menggunakan mata enrich. Kalaulah dibenarkan. Itu perancangan pertama. Sekiranya jawapannya 'tidak boleh', perancangan gantiannya ialah kami akan mengunakan mata enrich untuk mendapatkan voucher ke golden lounge MAS terutamanya golden lounge di lapangan terbang Heathrow.
Tidak salah mencuba, kan?
Lusa perjumpaan akan dibuat bagi membincangkan langkah kami dalam jelajah ini. Gambaran kasarnya telah ada. Dari Paris ke Geneva ke Zurich ke Vienna ke Prague ke Berlin ke Amsterdam ke the Hague ke Brussel ke London ke Edinbrugh dan pulang ke KLIA dari London. Perlukan sedikit perbincangan bagi memperincikan lagi perancangan Jelajah Eropah 2012 agar masa kami di sana tidak terbuang. Sekurang-kurangnya kami tahu tujuan dan destinasi yang hendak dituju semasa di sama. Hostel atau bed & breakfast mana yang hendak dihalakan kaki kami. Stesen bas atau tren mana yang perlu dikejarkan. Apa aktiviti yang ingin dibuat di sesuatu destinasi itu. Paling tidak, kami tidak akan tercangak-cangak tidak tahu apa-apa bila Jelajah Eropah ini bermula. Dan sama ada perancangan itu akan diikuti semasa situasi sebenarnya nanti terpulang kepada keadaan pada waktu itu. Kami akan pasrah sepasrah-pasrahnya nanti. Setidak-tidaknya kami telah merancang!
Semoga Allah memudahkan urusan kami
Jelajah Eropah 2012 - Catatan 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan