Khamis, 31 Januari 2013

Burung Belatuk



Ada yang bertanya mengenai setem keluaran Januari 2013 oleh Pos Malaysia setelah membaca catatan mengenai haiwan peliharaan eksotik ini. Heee..

Sebenarnya, pada 13hb Januari 2013, Pos Malaysia mengeluarkan setem dengan tema Burung Belatuk. Bagi negeri-negeri yang bercuti pada hari Ahad, keluaran burung belatuk ini mula dijual pada hari Isnin 14hb Januari 2013. Cantik juga reka bentuk keluaran burung belatuk ini. Dan lembaran mininya yang berharga RM5 itu ada cetakan timbul pada kepak burung belatuk. Melihat gambar sahaja tidak akan perasan. Tetapi bila disentuh lembaran mini itu, terasalah cetakan timbul itu. Cantik.

Lembaran Mini RM5.00


Set Setem bernilai 0.60 sen, 0.80 sen dan RM1.00

Sampul Hari Pertama

Sampul Hari Pertama bersama Lembaran Mini

Sampul Hari Bersama bersama set setem

Semasa catatan ini ditulis, set folder setem keluaran burung belatuk ini masih dijual di laman sesawang www.postme.com.my. Bagi yang tidak sempat membeli keluaran ini pada 13hb atau 14hb Januari  2013 dahulu, dan masih terasa ingin membeli keluaran ini, cuba cari di bawah tajuk stamp and greeting dan klikkan pilihan pada folder set. Satu set folder yang mengandungi sampul hari pertama, lembaran setem dan lembaran mini dijual dengan harga RM66.90. Selagi stok masih ada rasanya jualan bagi set folder ini. Buatlah pesanan atas talian bagi set folder ini. Dan pesanan anda akan tiba dalam tempoh 5-7 hari berkerja di rumah anda.

Ewah... terjadi promoter pula untuk laman sesawang postme ini. Haishhh...


Nota: gambar-gambar diambil dari laman sesawang Pos Malaysia dan mungkin mempunyai hak cipta.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...