Isnin, 6 Ogos 2012

Pasar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Ahad semalam telah memecah rekod puasa pada tahun 2012.

Pertama kalinya menjejak kaki ke pasar ramadan setelah 14 hari berpuasa. Itupun setelah berjanji hendak berbuka dengan seorang rakan di  Stable Steak di Kampung Baru. Perjalanan ke sama dengan mengunakan LRT kerana memikirkan kesesakan hendak memakir kereta di Kampung Baru yang sesak. Kereta ditinggalkan stesen komuter UKM.

Sampai di stesen Kampung Baru ketika azan Asar sedang dilaungkan. Menapak dari stesen ke arah masjid Kampung Baru. Banyak juga gerai makanan sepanjang perjalanan. Ada roti tempayan. Ada mini bread (walaupun rupanya nampak macam roti john dalam size yang lebih kecil). Dan owh... ada gerai yang menjual pulut mangga! Nampak sangat menyelerakan.

Tapi terus menapak sehingga ke masjid. Selesai solat Asar, mereka mengedarkan bubur lambuk. Sempat beratur dan mendapat sebungkus bubur lambur yang terkenal itu. Sebenarnya kali pertama dapat percuma bubur ini walaupun sudah bertahun duduk di Lembah Klang mencari rezeki.

Pasar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru

Kemudian terus pulak menapak ke Jalan Raja Alang. Memang meriah dengan gerai-gerai makanan sepanjang jalan itu. Dan kali ini ada pula yang menjual pulut durian!! RM4.00 sebungkus. Terus dibeli. Sebenar lebih tepat pulut dan serawa durian. Kemudian berpatah balik ke stesen LRT kerana berjanji dengan rakan itu akan berjumpa di situ pada pukul 5:30. Dalam perjalanan balik ke  stesen,  ada pula ahli-ahli PAS sedang membahagi bubur lambuk percuma dari pusat khidmat masyarakat kawasan parlimen Titiwangsa. Dapat sebungkus lagi bubur lambuk. Alhamdulillah makanan bersahur dah tersedia.

Owh... kalau ikutkan hati, banyak lagi makanan yang ingin dibeli...


nota: gambar hiasan dari laman web dan mungkin mempunyai hak cipta

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...