Sabtu, 22 Disember 2012

Sawadikap Escapade 2012 - Catatan 2



 
Semalam.
 
Pesawat MH788 dari KLIA selamat mendarat ke lapangan terbang Suvarnabumi, Bangkok, Thailand pada jam 1.25 waktu Thailand. Alhamdullilah. Dan melepasi urusan imigresen Thailand tanpa apa-apa masalah. Berjalan menuju ke karousel 12 dan selamat mengambil beg hitam tu. Terus menuju kemudiannya ke tingkat bawah untuk mendapatkan teksi ke hostel penginapan - Take A Nap Hostel - yang telah ditempah melalui laman sesawang Agoda.com lama dulu.  Kos teksi Thai Baht 450. Tetapi trafik sangat mencabar. Sesak di sana ini. Lorong 2 laluan, nampaknya telah menjadi empat laluan. Apapun selamat sampai ke Hostel. Urusan mendaftar masuk hostel juga tiada masalah. Alhamdullilah atas kemudahan urusan ini.
 
Hari pertama tiba hanya bersenang-lenang di bilik hostel sambil mendapatkan maklumat daripada kaunter hostel mengenai stesen BTS dan MRT terhampir. Stesen Sala Daeng bagi BTS dan Stesen SamYan bagi MRT. Kemudian ke Chamburi Square yang berhampiran hostel. Berjalan-jalan dan melihat square ini. Dan sempat melihat pameran muzium sains di square yang percuma bayaran masuknya.
 
Malamnya merayau-rayau ke pasar malam di Pat Pong dan kawasan Silom. Hasrat hati hendak ke Nana mencari makan malam halal tidak kesampaian kerana keletihan. Jadi hari pertama hanya makan maggi yang dibawa dari Malaysia.
 
Esok Sabtu hendak ke Chatucak Weekend Market...

Nota: gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta.
 
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...