Sabtu, 28 Jun 2014

Pasport yang Paling Hebat




Pemegang pasport United Kingdom, Sweden dan Finland boleh ke 173 negara tanpa perlu memohon visa terlebih dahalu. Mereka boleh berlenggang-kangkung membeli tiket penerbangan dan terus memasuki 173 negara itu hanya dengan menggunakan pasport yang mereka miliki sebagai dokumen perjalanan. Hebat dan mudah.


Pemegang pasport Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Hanya kurang 10 negara dari pemegang pasport United Kingdom, Sweden atau Finland, pemegang pasport Malaysia boleh ke 163 negara tanpa visa. Boleh sahaja bila-bila terasa hendak ke luar negara, terus membeli tiket penerbangan dan terbang ke salah satu daripada 163 negara itu. Tambahan pula proses membuat pasport di Jabatan Imigresen Malaysia sekarang sangat cepat. Hanya beberapa jam sahaja pasport biometrik berkualiti tinggi untuk tempoh dua atau lima tahun akan siap berada di tangan. Syabas Imigresen Malaysia.

Menurut laman sesawang ini - info graphics - how powerful is your passport - lebih daripada hanya suatu kebenaran untuk memasuki sesebuah negara, pasport sesebuah negara itu mencerminkan hubungan geopolitik dan perhubungan sesebuah negara dengan negara yang lain serta kedudukan negara itu dibandingkan dengan negara lain di dunia.

Di rantau Asean, pemegang pasport Singapura boleh ke 167 negara, Brunei ke 146 negara, Thailand ke 68 negara, Filipina ke 58 negara, Indonesia ke 53 negara, Timor Leste ke 47 negara, Cambodia ke 46 negara, Laos ke 45 negara, Vietnam ke 44 negara dan Myammar ke 40 negara, tanpa visa.

Eh, Indonesia yang merdekanya 10 tahun lebih awal daripada Malaysia dan selalu hendak 'ganyang Malaysia' itu hanya boleh ke 53 negara tanpa visa? Eh... biar betul. Tentu sukar hendak ke Eropah dan Schengen Area . Sedangkan rakyat Malaysia hanya tinggal beli tiket penerbangan dan angkat beg ke lapangan terbang menuju London, Paris, Amsterdam, atau mana-mana negara Schengen. Hebat pasport Malaysia.

Bangga menjadi warganegara Malaysia!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keren banget...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...