Sabtu, 28 Jun 2014

Pasport yang Paling Hebat




Pemegang pasport United Kingdom, Sweden dan Finland boleh ke 173 negara tanpa perlu memohon visa terlebih dahalu. Mereka boleh berlenggang-kangkung membeli tiket penerbangan dan terus memasuki 173 negara itu hanya dengan menggunakan pasport yang mereka miliki sebagai dokumen perjalanan. Hebat dan mudah.


Pemegang pasport Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Hanya kurang 10 negara dari pemegang pasport United Kingdom, Sweden atau Finland, pemegang pasport Malaysia boleh ke 163 negara tanpa visa. Boleh sahaja bila-bila terasa hendak ke luar negara, terus membeli tiket penerbangan dan terbang ke salah satu daripada 163 negara itu. Tambahan pula proses membuat pasport di Jabatan Imigresen Malaysia sekarang sangat cepat. Hanya beberapa jam sahaja pasport biometrik berkualiti tinggi untuk tempoh dua atau lima tahun akan siap berada di tangan. Syabas Imigresen Malaysia.

Menurut laman sesawang ini - info graphics - how powerful is your passport - lebih daripada hanya suatu kebenaran untuk memasuki sesebuah negara, pasport sesebuah negara itu mencerminkan hubungan geopolitik dan perhubungan sesebuah negara dengan negara yang lain serta kedudukan negara itu dibandingkan dengan negara lain di dunia.

Di rantau Asean, pemegang pasport Singapura boleh ke 167 negara, Brunei ke 146 negara, Thailand ke 68 negara, Filipina ke 58 negara, Indonesia ke 53 negara, Timor Leste ke 47 negara, Cambodia ke 46 negara, Laos ke 45 negara, Vietnam ke 44 negara dan Myammar ke 40 negara, tanpa visa.

Eh, Indonesia yang merdekanya 10 tahun lebih awal daripada Malaysia dan selalu hendak 'ganyang Malaysia' itu hanya boleh ke 53 negara tanpa visa? Eh... biar betul. Tentu sukar hendak ke Eropah dan Schengen Area . Sedangkan rakyat Malaysia hanya tinggal beli tiket penerbangan dan angkat beg ke lapangan terbang menuju London, Paris, Amsterdam, atau mana-mana negara Schengen. Hebat pasport Malaysia.

Bangga menjadi warganegara Malaysia!

Isnin, 23 Jun 2014

Kembara Tiga Masjid - Nota 3

24hb Januari - 7hb Februari 2014.


Perjalanan ke Tiga Masjid suci dalam Islam selamat dilakukan.

Masjid Al Aqsa, Masjid Al Haram Makkah, dan Masjid Nabawi Madinah.

Harapannya moga umrah yang dilakukan ini diterimaNya.

Klip gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebagai penceritaan awal.



Nota lain akan menyusul. Inshaa-Allah...

Ahad, 22 Jun 2014

Di Bawah Lindungan Kaabah II


Sabtu.

3:00 petang.

17hb Mei 2014.

Panggung Sari, Istana Budaya.

Walaupun telinga masih sakit akibat jangkitan, tetap juga gigih ke Istana Budaya untuk menyaksikan bagaimana karya besar Hamka ini diterjemahkan dalam bentuk teater dalam pesembahan petang matinee

Hmmm... agak kecewa. Dan tidak adil untuk karya sebesar itu diterjemahkan sebegitu terutama bagi babak para jemaah haji yang perlu bermalam di Muzdalifah dengan ada unsur LGBT dalam lakonan Zahid AF sebagai tuan dan Adi Putra sebagai peneraju teater. Walaupun mungkin penerbit dan pengarah ingin ingin mewujudkan rasa lelucon bagi mencuit rasa penonton,  tetapi tidak kena tempatnya. Teater ini patutnya padat dan sarat dengan falsafah, keagamaan dan unsur kemanusiaan yang tinggi.

Suasana keindonesian yang pekat dalam karya besar ini juga gagal diterjemah dengan baik oleh pengarahnya. Latar belakangnya sangat terkini dengar unsur kampung Malaysia. Dan di manakah suasana tahun 1930-an yang melatari novel besar ini? Alangkah baiknya jika latar 30-an dan suasana keindonesian itu terselit dalam teater ini dan kekal sepanjang pementasan. Penonton rasanya menjadi keliru dengan latar belakang, cara percakapan dan gerak tari pelakonnya.

Mungkin boleh diperbaiki sekiranya karya sebesar ini ingin dipentaskan lagi.

Maaf, ulasan yang terlewat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...