Khamis, 10 Mei 2012

The Avengers


Setelah sekian lama tidak menonton wayang di pawagam, hari menjejak kaki ke GSC Alamanda untuk menonton the Avenger. Ya... agak terlewat menontonnya dan bukannya dari kalangan mereka yang terawal menonton cerita ita. Cerita yang mempunyai garapan yang bagus. Lebih baik penceritaannya dari Battleship. Wajar dipuji. Setelah cerita-cerita sebelum ini seperti Thor, Hulk,  Captain America ditayangkan,sewajarnyalah marvel datang dengan filem the Avenger pula. Pelakon bagi watak-watak adiwira itu pun pelakon yang sama dalam filem-filem sebelum ini.

Dan Hulk memang patut diberi tepukan standing ovation dalam filem ini.

Kenapa? Tontonlah sendiri!


Rabu, 9 Mei 2012

Jelajah Eropah 2012 - catatan 3

42 hari ke 21 Jun 2012 - hari Jelajah Eropah bermula. Keterujaan semakin meninggi!

Selepas disahkan penerbangan  Air Asia X kami ke Eropah telah digantikan dengan penerbangan Malaysia Airline MH20, harapan kami sangat berbunga untuk cuba menaiktarafkan tiket ekonomi ke kelas perniagaan dengan menggunakan mata enrich. Kalaulah dibenarkan. Itu perancangan pertama. Sekiranya jawapannya 'tidak boleh', perancangan gantiannya ialah kami akan mengunakan mata enrich untuk mendapatkan voucher ke golden lounge MAS terutamanya golden lounge di lapangan terbang Heathrow.
  
Tidak salah mencuba, kan?

Lusa perjumpaan akan dibuat bagi membincangkan langkah kami dalam jelajah ini. Gambaran kasarnya telah ada. Dari Paris ke Geneva ke Zurich ke Vienna ke Prague ke Berlin ke Amsterdam ke the Hague ke Brussel ke London ke Edinbrugh dan pulang ke KLIA dari London. Perlukan sedikit perbincangan bagi memperincikan lagi perancangan Jelajah Eropah 2012 agar masa kami di sana tidak terbuang. Sekurang-kurangnya kami tahu tujuan dan destinasi yang hendak dituju semasa di sama. Hostel atau bed & breakfast mana yang hendak dihalakan kaki kami. Stesen bas atau tren mana yang perlu dikejarkan. Apa aktiviti yang ingin dibuat di sesuatu destinasi itu. Paling tidak, kami tidak akan tercangak-cangak tidak tahu apa-apa bila Jelajah Eropah ini bermula. Dan sama ada perancangan itu akan diikuti semasa situasi sebenarnya nanti terpulang kepada keadaan pada waktu itu. Kami akan pasrah sepasrah-pasrahnya nanti. Setidak-tidaknya kami telah merancang!

Semoga Allah memudahkan urusan kami

Jelajah Eropah 2012 - catatan 2
Jelajah Eropah 2012 - Catatan 1

Selasa, 8 Mei 2012

Sunan Musafir dan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Hari terakhir pesta buku tahun 2012, pada 6 Mei. Demi mengelakkan kesesakan lalu lintas untuk ke situ, seawal 8.15 pagi telah menderukan kereta kembara itu ke sana. Dan sampainya seawal 8.45 pagi, mudahnya memakir kereta di PWTC seawal pagi itu. Berlegar-legar dahulu di situ sehingga pukul 10 pagi - waktunya pesta itu dibuka secara rasmi.

Dari satu gerai ke satu gerai melihat dan meninjau. Beberapa buah buku diambil, dibelek, diletakkan kembali. Buku tertentu pula ada yang dibayar untuk dimiliki, termasuk -Syukur Saat Diuji, Bukan Sekadar Resipi dan Sunan Musafir. Owh... sempat juga beratur panjang untuk mendapatkan tanda tangan penulis Sunan Musafir. Ulasan novel pengembaraan merentasi masa dan zaman itu yang terakhir itu akan dibuat nanti, walaupun sebenarnya novel itu telah dihabiskan pembacaannya malam itu juga.



Nota dalam minda - simpan resit sebagai bukti pembelian buku untuk pelepasan cukai tahun 2012!
Yang pasti, PBAKL 2013 tahun depan tetap juga ditunggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...