Jumaat, 1 Mac 2013

Mabuhay Escapade 2012 - Catatan 9 (Pejabat Pos Besar)


Isnin.

8hb Oktober 2013.

Encik Moon nampaknya masih tidak berputus asa mahu ke pejabat pos. Masih gigih hendak mendapatkan setem-setem Filipina. Jadi hari ini kami akan ke Lawton. Terfikir-fikir juga bagaimana mahu ke Lawton. Sama ada mahu menaiki teksi atau jeepney. Kalau menaiki Jeepney, tahukah tempat hendak turun di mana nanti?  Kalau menaiki teksi, berapakah tambangnya?

Tidak mengapa.

Kami memutuskan untuk pergi makan dahulu sebelum memutuskan hendak mengunakan pengangkutan mana. Marilah kita ke kedai Halal Asian Restaurant di jalan Mabini. Hee... hasrat hati nak makan nasi lemak. Tapi tidak ada pula walaupun di menu kedai ada ditulis nasi lemak.


Di sini Encik Moon sempat bertanyakan kepada pekedai itu bagaimana mahu ke Lawton. Pekedai itu menyuruh kami menaiki jeepney sahaja kerana lebih murah. Katanya naik sahaja mana-mana jeepney yang bertulis Lawton. Hanya 8 pesos dan pekedai itu menyuruh kami memberitahu pemandu jeepney yang kami mahu turun di Pejabat Pos.
 
Selesai makan dan membayar, kami termanggu-manggu sekejap di luar kedai.

Macam mana hendak menahan jeepney yang banyak lalu lalang di jalan itu. Tetapi setelah melihat orang-orang pinoy yang hanya hanya merendah jalan dan menaiki jeepney yang berhenti kerana kesesakan trafik, kami juga memberanikan diri berbuat begitu, Setelah yakin dengan tulisan 'Lawton' di satu jeepney yang sedang berhenti di tengah jalan menunggu lampu trafik, kami bergegas ke tengah jalan dan menaiki jeepney tersebut. En. Moon memberitahu pemandu tujuan kami ke Pejabat Pos sambil menghulurkan 16 pesos kepada pemandu. Dalam hati hanya mampu mengharap jangan sesat sudahlah.

Setelah berpusing-pusing dengan jeepney dalam kota Manila, akhirnya pemandu itu memberitahu kami yang kami telah sampai ke destinasi sambil menyuruh kami menyeberang jalan untuk ke Pejabat Pos. Mujurlah tidak jauh dari tempat kami turun. Sampai juga ke Pejabat Pos Besar Filipina.

 
 
Suasana di dalam Pejabat Pos Besar - masih rekabentuk lama bersifat kolonial. Tidak mempunyai pendingin hawa. Hanya mempunyai kipas dinding dan kipas berdiri. 
 
 
 
Encik Moon sempat berbual mesra dengan staf biro filateli Pejabat Pos, Puan Pearla, semasa mahu membeli keluaran setem. Walaupun waktu itu telah masuk waktu rehat pukul 1 tengahari, Puan Pearla masih berdedikasi melayan kami memilih keluaran setem dan sampul hari pertama yang masih ada dalam simpanan biro itu. Bersungguh-sungguh beliau beliau mengeluarkan setem dan sampul hari pertama dari dalam peti besi yang ada di biro itu.
 
Hasil daripada kesungguhan beliau itu, inilah yang kami beli.
 

Setem keluaran khas universiti-universiti Filipina

Setem keluaran khas penyanyi Filipina
 
Setem keluaran khas tahun baru cina 2012 tahun naga
 
 Sampul Hari Pertama berserta setem Hotel Manila


Sampul Hari Pertama tahun baru cina berserta setem lembaran mini

Puan Pearla juga menawarkan untuk membatalkan setem atas poskad yang kami hendak masukkan ke peti surat di Pejabat Pos ini dan menurut beliau, poskad ini akan terus diberikannya kepada staf yang bertanggungjawab menyisihkannya nanti. Tidak perlu lagi kami masukkan ke dalam peti surat. Gusar juga kami kalau-kalau beliau terlupa dan meninggalnya hanya di meja ataupun beliau tersimpan semula poskad kami bersama setem-setem yang beliau keluarkan ke dalam peti besi beliau. Tidak sampai pula nanti poskad kami ini. Heee...


Tetapi Alhamdulillah... poskad ini selamat sampai ke Raudhah Kasturi tiga minggu kemudian.

 
 
Terima kasih Puan Pearla.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...