Jumaat, 23 Mei 2014

Tari Mahsuri Berlagu Muay Thai - Nota 1

.


Khamis. 

8hb April 2014.

Penerbangan Firefly yang sepatutnya pukul 1 tengahari itu, telah dibatalkan dan digantikan dengan penerbangan lain pada pukul 3:20 petang.  Sementara menunggu di balai berlepas Skypark Subang itu, hujan turun menderu-deru. Tetapi sempat reda pada pukul 3 petang. Tiba-tiba terasa seriau mengenangkan pesawat ATR mengharung hujan. Tapi syukurlah...tiada gegaran yang pelik-pelik ketika penerbangan dari Subang ke Langkawi. Sejam lima belas minit. Dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Padang Matsirat Langkawi. Banner sebesar alam mengalu-alukan kedatangan peserta IFMA Muaythai World Championship. Teruja!

Sementara menunggu beg sampai di karousel bagasi, singgah dulu ke kaunter sewa kereta. Hanya menyewa viva automatik dengan harga RM220 untuk 5 hari. Cukuplah untuk seorang. Depositnya RM50. Dan yang menjaga kaunter itu memberitahu esok bermula Pesta Air Langkawi 2014. Erk... Muay Thai? juga berlangsung di sebelah Lapangan Terbang untuk tempoh bersisa hari ini dan esok. Owh.. hanya sehingga 9hb April 2014 saja. Bukannya 10hb April 2014. Tak apalah kalau hanya dapat mencelah menonton untuk sehari saja pun.

Selesai urusan sewa kereta, balik menunggu beg di karousel. dan terus keluar menunggu kereta sewa apabila beg sampai. Terus pandu ke Langkapuri Inn untuk mendaftar masuk. dan mujurlah kali ini tempahan tidak dibatalkan sebab En Moon telah menbuat bayaran bagi satu malam. EN MOON!! dia tidak jadi datang kali ni. Makanya berkeseorangan dan solo di Langkawi. Urusan daftar masuk lancar. 

Terus ke bilik yang mengadap pantai dan benarlah... persiapan Pesta Air untuk esok sedang rancak dibuat di Pantai Cenang. Tidak apalah. Selepas lepas letak beg, terus keluar mencari makanan. Ke Laksa Power di tepi lapangan terbang. Pesanannya ialah laksa dan cendol pulut. Memang tahap dewa makan seorang diri di tempat awam sebegitu. Hahah...

Selepas itu bergegas pula ke Mahsuri Exhibition Center untuk cuba melihat MuayThai pada petang itu. Sempat diberitahu petugas di sana bahawa hari ini pertandingan separuh akhir dan esok pertandingan akhir. Dan semunya boleh ditonton percuma. Pertandingan akhir esok akan bermula pada pukul 1:00 tengahari. Aishhh... takkan mula pada waktu orang tengah sembahyang Jumaat adik oi? Saya tak apa sebab saya ni musafir. Yang adik-adik ni macam mana? Mungkin mula lewat sikit dalam pukul 2. Cuma jadual ni saja dah tulis pukul 1 tengahari. Jelas petugas tu.  

Hahah... kan dah kena sebijik.



Baik. 

Esok akan datang pada pukul 2 petang.  Lagipun pertandingan separuh akhir hari ini selesai. gelanggang telah gelap.

Excited menunggu esok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...