Sabtu, 14 Mei 2011

Universal Studios, Singapore Jun 2010

Jun 2010, selepas selesai mengadakan suatu program rasmi pada hari Sabtu, kami telah ke Singapura pada esok harinya kerana ianya hari minggu. Dan telah singgah di Universal Studios di Sentosa Island. Kenangannya terakam di slide ini.

Universal Studios, Singapore 2010 Slideshow: Kasturi’s trip from Serdang, Selangor, Malaysia to 2 cities Johor Bahru and Sentosa Island was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Rabu, 11 Mei 2011

Gunakan Bahasa Melayu yang betul

Bahasa Jiwa Bangsa.

Terkadang menjadi pelik apabila ramai yang tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Bukan sahaja semasa bercakap, tetapi juga semasa menulis. Terlalu banyak kecelaruannya sehingga nahu dan ejaan bahasa kebangsaan itu menjadi tunggang langgang dan sangat susah untuk difahami. Kecelaruan bahasa ini bukan sahaja dilakukan oleh orang perseorangan atau sektor swasta, malah kerajaan dan agensinya juga membuat kecelaruan yang sama dalam penggunaan bahasa. Entah ke mana agaknya mereka - pembuat-pembuat dasar - itu mencampak dasar yang mereka gubal mengenai bahasa apabila mereka sendiri yang mengutamakan bahasa asing dalam urusan rasmi mereka. Tiada jati diri!!

Dan owh... untuk mereka yang muda remaja dan yang berhati muda, yang selalu sahaja merekayasakan ejaan dalam bahasa Melayu dalam teks pendek yang dihantar melalui alat komunikasi, lihat dan tafsirlah video ini. Sekadar berkongsi rasa dengan beliau - ianya tidak comel!!


Ahad, 8 Mei 2011

Sutera Bidadari oleh Ramlee Awang Murshid

Selesai membaca novel ini pada 24 April 2011 setelah membelinya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)pada 23 April 2011. Pelancaran buku ini dijadual pada 30 April 2011 di Pesta yang sama. Ini merupakan edaran awal penerbit, hanya di PBAKL. Pengembaraan Laksamana Sunan disambung lagi menerusi novel ini. Dan owhh.. novel ini juga menerangkan mengenai asal usul makhluk drakul yang meminum darah manusia!! Adeh!


Novel ini merupakan buku kelima dalam sirinya - Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Cinta Sufi dan Sutera Bidadari. Sepertinya akan ada buku yang keenam apabila dialog pengakhiran buku ini ditulis sebegini:

"Indera... bawalah kita terbang ke negeri Inderipuri dalam Lingkaran Hindi," pinta Saifudin.
"Sang Dewi menyerumu datang ke negeri Inderipuri dalam Lingkaran Hindi, Sunan?" Indera bertanya.
"Kita hendak menemui... Ratna. Sang Dewi itu adalah Ratna," jelas Saifudin
"Ratna Sang Ratu... mantan Ratu Sulaman kerajaan Pulau Utara," getus Indera.
"Siapa Ratna Sang Ratu?" Jantung Maryam berdetak akibat tujahan cemburu
"Dia... isteri kita, Maryam." Lemah longlai Saifudin memberitahu.
"Isteri kita dalam kesusahan kala ini," luah Saifudin lagi.

Tentulah pembaca setia kisah Laksamana Sunan ini tertunggu-tunggu bagaimana pula Laksamana itu mahu menyelamatkan isterinya Ratna yang telah disumpah menjadi batu itu kembali menjadi manusia. Dan rasanya itulah sambungannya sekiranya buku keenam ditulis nanti. Tetapi sambungan bersiri yang terlalu banyak pun rasanya kurang sesuai nanti.

Plot bagi Cinta Sufi dan Sutera Bidadari rasanya telah terlalu banyak bergantung kepada kebetulan dan keajaiban yang tidak dapat diterangkan secara munasabah. Cuma menggunakan alasan bahawa itulah kuasa tuhan seluruh alam bagi menerangkan kebetulan dan keajaiban sebegitu, tidaklah mencabar minda pembaca. Makanya, membaca novel ini setakat sebagai bacaan ringan bagi menghabiskan masa lapang walaupun plotnya sangat menarik dan fantasi serta imaginasinya hanya dibatasi "kuasa tuhan"- sekadar menggunakan alasan yang sama bagi menerangkan had khayalan yang mampu dicipta penulis. Jangan berfikir banyak tentang munasabah atau tidak sesuatu peristiwa yang dirungkaikan penulis. Terima saja seadanya peristiwa itu dan penjelasan mudah yang ditawarkan dalam novel ini. Ohh.. harus peminat Laksamana Sunan memarahi diri ini kerana membuat ulasan sebegitu.

Bagaimanapun novel ini dan sirinya harus dibaca kerana sememangnya ia merupakan sebuah epik perjalanan yang panjang dari tahun 1511 sehingga ke abad 21 ini. Sebuah pengembaraan fantasi dan imaginasi yang sebenarnya berjaya digarap dengan penuh rasa kejutan, cemas, sedih dan gembira. Dan rasanya tiada lagi penulis Melayu yang berjaya melakarkan plot sedemikian dalam karya mereka. Memang ini suatu kelainan. Bacalah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...