Sabtu, 14 Disember 2013

Senandung Gajah Putih Bertahun Baru - Nota 1: Bangkok Lagi

 
 
Bercuti.
 
25hb Disember 2013 - 1hb Januari 2014.
 
Ke Bangkok lagi. Kali ini 8 hari. Kembara solo.
 
Tiket yang dibeli semasa Malaysia Airlines membuat jualan murah berbulan-bulan lamanya dulu. Tempat tinggalnya dibeli di Agoda - Take A Nap. Mudah di situ. Berdekatan stesen BTS Sala Daeng dan MRT Sam Yan. Mudah ke mana-mana nanti. Semasa rancangan ke Bangkok ini dibuat, dan semasa tiket ini dibeli, ianya lebih didorong oleh semangat dan perasaan ingin bercuti melepaskan tekanan kerja.
 
Tetapi Bangkok sedang dalam gelora politik sekarang ini lanjutan daripada ketidakpuasan hati terhadap parti kerajaan mengusulkan undang-undang mengampunkan pesalah politik. Pihak pembangkang mengatakan itu cuba parti kerajaan untuk membawa mantan perdana menteri dahulu - Thaksin - yang dituduh mengamalkan rasuah balik ke Thailand. Tentulah pihak kerajaan Thailand menafikan.
 
Namun berdasarkan berita ianya tidak seteruk dahulu  - tahun 2010 -  sehingga lapangan terbang juga ditawan pihak pembangkang. Perdana Menteri sekarang telah bersetuju membubarkan parlimen Thailand bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan pada bulan Februari 2014 nanti. Tetapi nampaknya,pihak pembangkang seperti tidak bersetuju dengan rancangan mengadakan pilihanraya itu. Mereka mahu pemimpin terus dilantik dan suatu majlis rakyat ditubuhkan.

Adoyai... harapan semuanya baik-baik sahaja nanti. Lagi 10 hari. Niatnya hendak bercuti tahun baru dan merasai sambutannya di Bangkok melepaskan tekanan. Bukan menambah tekanan dengan keadaan politik sebegini.

Moga dipermudahkan. Moga semuanya baik-baik. Moga tiada yang buruk-buruk berlaku nanti

Terus berharap dan berdoa...


Nota: gambar peta diambil dari laman sesawang internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Khamis, 12 Disember 2013

Tip Kembara: Semak Status Kawalan Imigresen ke Luar Negara




Pasport.
Hendak mengembara dan bercuti ke luar negara perlukan pasport. 
Ini merupakan dokumen utama yang akan membolehkan rakyat Malaysia melepasi sempadan negara tercinta ini. Ini juga dokumen utama yang akan membolehkan rakyat negara ini yang telah melepasi sempadan negara, diterima masuk ke negara lain yang ingin dilawati atau diziarahi itu. Dan tentulah bagi sesetengah negara yang ingin dilawati atau diziarahi itu, perlu juga ada visa yang perlu diperoleh terlebih dahulu. Yang penting, passport ini perlu ada dahulu.
Setelah ada dokumen perjalanan utama ini, pastikan anda tidak dihalang atau disekat daripada keluar negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sekiranya anda bankrup, atau ada hutang PTPTN, atau hutang LHDN atau ada kes tertentu, anda akan tersekat di laluan autogate imigresen ataupun di kaunter imigresen. Kalau dihalang di situ, malu besar jadinya.
Oleh itu, silalah guna kemudahan semakan status perjalanan ke luar negara yang disediakan oleh Jabatan Imigresen ini - Semakan Status Kawalan Imigresen ke Luar Negara. Hanya  masukkan nombor kad pengenalan anda untuk membuat semakan. Tidak sampai lima saat, anda akan ketahui sama ada anda terhalang atau tidak ke luar negara. Syabas Jabatan Imigresen atas semakan dalam talian ini. Memang memudahkan pelanggan.
Selamat bercuti...
Nota: gambar passport diambil dari laman sesawang internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Ahad, 8 Disember 2013

Taeyang: I'll Will Be There

 
 
Err... sekadar suatu lepasan tekanan, marilah kita tonton klip video daripada Taeyang.
 
Siapa Taeyang? Bertanyalah kepada Profesor Google. Pastilah dapat jawapannya. Ramai peminatnya di Malaysia yang telah membuat entri mengenai beliau rasanya. Ini bukanlah suatu entri mengenai K-POP.
 
Entri ini sekadar-kadar ingin mempromosi statement - I'll Be There - sahaja sebenarnya., selain melepaskan tekanan. Enjoy...
 
 
 
 
 
 
 
Jangan lebih tertekan selepas melihat klip video ini sudahlah... hahahaha....
 
 
Nota: gambar dan klip video diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...