Selasa, 19 Mac 2013

Tanda Hormat Nazi

 
 Owh... pemain greek ini, Giorgos Katidis, telah membuat tanda hormat nazi kepada penonton di stadium setelah berjaya menjaringkan gol untuk pasukannya. Dan dia telah dihukum dengan hukuman yang sangat berat. Diharamkan terus daripada bermain bola sepak seumur hidup daripada pasukan negara kerana perbuatan itu dikatakan sebagai tidak sensitif kepada suasana dan anti semitism -
 
"Calling Katidis' actions a "deep insult to all victims of Nazi brutality," Greece's soccer federation put an immediate end to the player's international career, The Associated Press reported".
 
Suatu pengajaran ganas untuk semua... Hee

Isnin, 18 Mac 2013

Perjalanan Gah A380: Catatan 2 (Tentatif Perjalanan)


87 hari ke hari penerbangan Perjalanan Gah A380 pada 13 Jun 2013 dengan MH02. Asalnya ingin membuat perjalanan ke London dan Madrid. Tetapi setelah meneliti peta Eropah berkali-kali rasanya perjalanan dari London ke Madrid terlalu jauh dan meletihkan.
 
 
 
Jadi keputusan terbaru yang diambil ialah Perjalanan Gah A380 ini hanya akan meliputi bandar-bandar berhampiran London. Cadangannya ialah dari London akan ke Paris. Mungkin akan ke Disneyland Paris. Selepas itu ke Luxembourg - melihat-lihat bandar negeri kecil yang dipengaruhi oleh Perancis dan Jerman. Kemudian ke Brussel yang tidak sempat dijelajah pada Jelajah Eropah 2012 yang lepas. Dan selepas itu balik ke London sebelum pulang ke Malaysia. Lagipun kali ini ingin meghabiskan lebih banyak masa di London. Apapun segalanya masih tentatif. Mungkin akan masih berubah perancangan ini.
 
Semoga Allah memudahkan perjalanan ini nanti. Ameen.
 
Nota: gambar-gambar diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Ahad, 17 Mac 2013

Mari bersenam 2

Terjumpa klip video Mike Chang ini di you tube. Bagi sesiapa yang ingin lebih sihat dan inginkan perut yang berketak, bolehlah cuba kaedah senaman yang ditunjukkan dalam klip ini. Jimat. Tanpa menggunakan peralatan yang merepek-repek. Apa yang ada di rumah sahaja. Dan masa juga tidak terbazir ke gimnasium. Shortcut to sixpacks katanya.
 

 


 
 Cubalah langkah-langkah yang ditunjukkan dalam klip ini...
 
 
 
 
Heee..
 
 
Nota: gambar dan klip video diambil dari laman internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...