Sabtu, 18 Januari 2014

Masih Lawak Mega Awal 2014: Ini Tidak Adil



Heee... macam cerita P.Ramlee..

"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Tooot dalam ucapan tersebut.




Sekadar memanjangkan berita, baca lanjut kisahnya di sini.

Semoga Allah merahmati Malaysia, pemimpin-pemimpinnya dan kita semua rakyat marheannya.

Ameen...


Nota: gambar diambil dari laman sesawang di internet dan mungkin mempunyai hak cipta

Khamis, 16 Januari 2014

Merai Tahun Melawat Malaysia 2014


 
2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.
 
Setiap rakyat adalah duta. Marilah memberikan yang terbaik kepada tetamu kita tanpa mengira tetamu tempatan atau antarabangsa. Bagi yang mahukan rujukan apa yang ditawarkan pada tahun ini, kliklah laman tahun melawat Malaysia ini. 
 
Sebenarnya, apabila telah melawat dan bercuti di beberapa negara luar, rasa bangga lahir sebagai rakyat negara tercinta ini terzahir dan tidak sedetik pun terasa malu dengan keindahan, keramahan dan baik budi rakyat negara tercinta ini apabila dibanding dengan negara-negara luar itu.  Tentulah ada pengajaran dan teladan yang boleh dipelajari dan dicontohi daripada mereka. Tetapi itu tidaklah bermakna negara yang dikasihi ini buruk. Tentulah dalam ramai-ramai rakyat itu ada pelbagai ragam perangainya dan ada juga seorang dua yang terkecuali. Namun secara umum, kita masih baik, mesra dan suka membantu. Bangga juga dengan keindahan dan kemajuan negara tanah tumpah darah ini, walaupun banyak juga yang masih boleh diperbaiki. Langit negara ini masih dijunjung dan terjunjung di sebalik segala yang pelik-pelik dan kelucuan politik yang berlaku.
 
Dan rasanya rakyat negara ini tidak malu apabila bercakap mengenai Langkawi Permata Kedah tempat Geoforest Park Sungai Kilim berada. Atau apabila bercakap mengenai cruise di Sungai Melaka yang tidak kurang hebatnya dengan cruise antarabangsa lain. Atau apabila bercakap mengenai keindahan alam semula jadi di Borneo - Sabah dan Sarawak - yang juga membanggakan rakyat. Gunung Kinabalu di Sabah dan kampung budaya di Sarawak tidak mengecewakan Itu belum lagi mengenai Pulau Sipadan. Atau juga Pulau Tioman. Dan belum lagi dikira makanan tempatan yang memang sedap dan berperisa. Dan buah-buah tempatan yang eksotik - durian, rambutan, manggis dan langsat.
 
Memang terdetik bangga.
 
Dan klip ini menyimpulkan segalanya tentang Malaysia -
 
 
Penyanyi dalam klip video itu ialah Yuna. Cuma kalaulah klip video ini mengambil kira sensitiviti rakyat majoriti yang beragama Islam dan lebih menonjolkan ciri keislaman itu, rasa Malaysia menjadi lebih eksotik kepada pelancong barat. Apapun, marilah menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 kerana kita rakyat marhean ini merupakan duta negara ini.
 
Dan harapannya Pos Malaysia tidak lupa mengeluarkan setem kenang-kenangan mengenai Tahun Melawat Malaysia 2014 ini.
 
Nota: gambar dan klip video diambil dari laman sesawang dan mungkin mempunyai hak cipta.
 
 

Rabu, 15 Januari 2014

Lawak Mega Awal 2014: Kangkung



 
Errr... Alahai...
 
Tak tahu hendak menangis atau ketawa dengan peristiwa ini.

Entah di mana silapnya, kenyataan meminta supaya rakyat marhean memuji kerajaan kerana harga sayur-sayuran turun terutama kangkung memakan diri. Entah siapa penasihat pemimpin negara ini yang menasihatinya agar berucap sedemikian. Penasihat itu memang patut diambil tindakan dan dibuang. Kenyataan sedemikian jelas menunjukkan pemimpin tidak sehati dan sejiwa dengan rakyat. Malah lebih buruk, mempersendakan rakyat marhean.
 
Saksikan klip video ini -
 
 
Akibat ucapan itu, makanya tidak hairanlah sehari dua ini, pemimpin negara utama ini telah ditroll dan trending kangkung menjadi-jadi di internet.
 
 
 
Malah Profesor Diraja Ungku Aziz juga dikatakan mengeluarkan pendapatnya mengenai hal ini -
 
 
Adehh.. dalam maknanya tu... hee
 
Klip terakhir yang diambil dari internet -
 
 
 
Alahai pemimpinku yang dikasihi...
 
 
nota: gambar dan klip video diambil daripada laman di internet dan mungkin mempunyai hak cipta
 
 

 

Selasa, 14 Januari 2014

Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad


Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab: "Sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah" [Al-Ahzab: 21]
 
 

Nabi Muhammad SAW yang dikasihi dan dicintai pula bersabda: "Orang yang dekat padaku semasa hari kiamat, ialah orang yang banyak berselawat kepadaku" [Hadis direkodkan oleh Ibn Mas'ud R.A dan direkod dalam kumpulan Riwayat At-Tarmizi].
 
Sempena mengenang dan meraikan hari kelahiran Utusan Allah yang dicintai ini, marilah kita berselawat kepada Baginda - Allahumma salli ala Muhammadin wa'ala Ali Muhammaddin, kama sallaita 'ala Ibrahim wa ala ali Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...