Isnin, 1 Julai 2013

Mabuhay Escapade 2012 - Catatan 11 (Shawarma Snack - Akhir)

Selasa

9hb Oktober 2012


Hari ini hari terakhir kami di Manila.
 
Kami hanya bersenang-lenang di bilik hotel menunggu pukul 9:00pagi sebelum menghabiskan masa ke Robinsons lagi. Peluang terakhir untuk membeli-belah dan membeli cenderamata di Manila.
 
 
Setiap kali ke Robinsons Place dari Malvar Hostel,  kami akan melalui Bellagio Square ini dan lorong di atas. Pada waktu malam memang meriah square ini dengan orang ramai menghiburkan dengan dengan minum-minum di situ. Malah terdapat juga kanak-kanak dan remaja yang bermain bola di lorong itu.
 
Di Robinsons masih sempat juga menukarkan lagi ringgit kepada peso Filipina bagi membeli beberapa helai baju jenama Bench di Robinsons. Katanya jenama ini ialah jenama homegrown Filipina. Dan sempat juga membeli Barong dan sebuah model jeepney pada hari terakhir ini. Heee..
 
Kemudian bergegas balik ke hostel untuk mendaftar keluar pada pukul 11.00pagi. Kami mendaftar keluar dan meninggalkan beg kami di hotel. Penerbangan kami pada pukul 6:00 petang. Masih awal untuk ke Lapangan Terbang Ninoy Aquino pada pukul 11:00 pagi itu. Jadi kami menuju ke Robinsons lagi!! Kali ini untuk makan tengahari sebelum kami ke lapangan terbang.
 
Di Robinsons kami menuju ke sebuah kiosk yang bernama Sharwarma Snack. Ada tanda halal di kiosk itu. Dan kami memesan nasi sharwama. Atau apa sajalah namanya. Hee... Asalnya ingin menapak ke Halal Asian Restaurant di Jalan Mabini tetapi rasanya macam jauh pula hendak menapak. Robinsons lebih dekat. Jadi lebih baik ke situ sahaja pada hari terakhir ini. Lagi pun cuma hendak makan mengalas perut sebelum makan dalam penerbangan nanti. Owh... nasib baiklah kami menggunakan Malaysia Airlines dan bukan Air Asia untuk ke sini. Kalau tidak satu hal juga hendak ke Lapangan Terbang Clark pada hari terakhir ini.
 
2:30petang kami ke Lapangan Terbang Ninoy Aquino dan bersedia untuk balik ke Malaysia. Selepas menunggu kaunter daftar masuk Malaysia Airlines dibuka, kami mendaftar masuk, menuju ke balai berlepas sambil melalui kaunter cukai lapangan terbang sebelum ke kaunter imigresen. Ya... perlu bayar cukai ini sama seperti di Indonesia. Cukai ini tidak termasuk dalam tiket. Pastikan ada peso lebih ya...
 
 Selamat tinggal Manila.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...