Sabtu, 9 Jun 2012

Euro 2012



Pagi ini Euro 2012 bermula. Perlawanan pembukaan antara Poland dan Greece dalam kumpulan A seawal pukul 12.00 pagi waktu Malaysia. Adakah anda teruja dengan perlawanan pembukaan ini?

Bersedialah di depan televisyen untuk menyaksikannya, walaupun malam ini belum lagi hari perlawanan yang melibatkan Sepanyol dan Fernando Torres. Sebelum perlawanannya bermula, akan ada acara pembukaan untuk peminat-peminat Euro 2012 ini. Menurut catatan dari laman sesawang rasmi Euro 2012, acara pembukaan akan mempersembahkan 1000 artis, dan 1,2000 kostum. Bunyinya sangat hebat.

Jom bersedia di depan televisyen high definition anda untuk pengalaman 4 tahun sekali ini (hendak terbang ke, dan berada di sana tidak mampu, menonton televisyen sahajalah). Selepas perlawan Poland dan Greece, lihatlah pula perlawanan Russia lawan Republic Czech pada jam 2:45 pagi.

Dan bagi yang ingin mendapatkan kemaskini setiap perlawanan bagi setiap kumpulan berserta trivia bagi setiap pasukan, bolehlah ke laman sesawang rasminya di sini www.uefa.com untuk kemaskini setiap perlawanan.

Kemaskini perlawanan kumpulan A: Poland 1 -Greece 1, Rusia 4 - Czech 1

Jumaat, 8 Jun 2012

Jelajah Eropah 2012 - Catatan 6

E-tiket daripada Air Asia X untuk pelepasan ke Paris pada 21 Jun 2012 telah diterima pagi tadi lebih kurang pukul 3.30 pagi. Jadi sahlah kami akan Paris dengan Malaysia Airlines. Kapal MH20 pada jam 11.30 malam di KLIA dan mendarat di Charles De Gualle, Paris. Bukan lagi berlepas dari LCCT dan mendarat di Orly, Paris.

Tapi sebenarnya, dua hari sebelum itu, telah menghantar emel kepada Air Asia X bertanyakan mengenai e-tiket yang dijanjikan akan diberikan paling lewat dalam tempoh 2 minggu hari pelepasan. Satu emel menggunakan Bahasa Kebangsaan yang sempurna seperti berikut:-
"Saudara Asia Asia X Preflight,
Seperti  emel tuan di bawah, kami masih tidak menerima e-tiket bagi penerbangan kami pada 21hb Jun 2012 walaupun tempoh 2 minggu bagi penerbangan tersebut telah hampir (No. tempahan Kuala Lumpur ke Orly, Paris, 22hb Jun 2012  - L9Z###).  Kami sangat berharap agar etiket bagi penerbangan pada 21 Jun 2012 tersebut dapat dihantar kepada kami secepat yang boleh. 
Selain itu kami juga berbesar hati sekiranya etiket bagi penerbangan balik kami pada 8hb Julai 2012 dari London (No. tempahan Gatwick, London ke LCCT, 8hb Julai 2012 - DC4###) dapat juga disampai bersekali bersama etiket penerbangan pelepasan pada 21 Jun 2012 atau disampaikan sebelum tarikh penerbangan 21 Jun 2012 tersebut bagi membolehkan kami menjawab soalan pihak imigresen lapangan terbang Paris sekiranya mereka ingin melihat etiket penerbangan pulang kami sebelum membenarkan kami melepasi kawalan imigresen Paris.
Kami sangat berbesar hati sekiranya tuan dapat membantu kami berkenaan etiket ini.
Sekian, terima kasih.
Kasturi Azzuri", 
dijawab dengan bahasa Indonesia yang sempurna seperti berikut:-
"Dengan Hormat,

Mohon perhatiannya bahwa tempat duduk anda telah terkonfirmasi melalui pengaturan dengan penerbangan MAS, untuk e-ticket dari penerbangan MAS akan kami kirimkan ke alamat email ###@$$$.^^^ secepat mungkin. Kami akan menindak lanjuti ke team reservasi untuk segera mengirimkan e-ticket kepada bapak. Untuk kesabaran bapak, kami sangat menghargainya.
Sekali lagi kami meminta maaf atas ketidak nyamanannya.
Hormat Kami,
Air Asia X Preflight"
Aduh, di mana bahasaku di buminya? Bahasaku asing di bumi sendiri. Sedih juga bila syarikat yang pangkalan perniagaannya ini di Malaysia, menjawab sebuah emel dalam Bahasa Kebangsaan dengan bahasa Indonesia.

Tetapi bak kata sahabat dalam Jelajah Eropah 2012 nanti, sekurang-kurangnya mereka menjawab emel yang dihantar. 

Tapinya e-tiket untuk balik dari London ke Kuala Lumpur masih belum diterima. Perlukah dihantar lagi emel ke encik Asia Asia X Preflight?  Minggu depan setelah balik dari Kota Kinabalu Sabah akan difikirkan kemungkinan itu.

Apapun, semoga Allah memudahkan urusan kami dalam Jelajah Eropah 2012 ini.

Rabu, 6 Jun 2012

Euro 2012 & Fernando Torres

Euro datang lagi pada tahun 2012, setelah empat tahun berlalu pada tahun 2008.



Dan owh... telah menelefon Astro tadi untuk menambah pakej sukan bagi bulan ini (walaupun sebenarnya rasa menyampah dengan Astro). Euro 2012 akan bermula pada 8hb Jun ini. Perlawanan pembukaan antara Poland dan Greece dalam kumpulan A. Jadual perlawanan kumpulan seperti yang tertera:-


Jadual Kumpulan A – EURO 2012
8 Jun – 11:55 malam | POLAND vs GREECE
9 Jun – 02:45 pagi | RUSSIA vs REP CZECH
13 Jun – 02:45 pagi | POLAND vs RUSSIA
13 Jun – 11:55 malam | GREECE vs REP CZECH
17 Jun – 02:45 pagi | GREECE vs RUSSIA
17 Jun – 02:45 pagi | REP CZECH vs POLAND

Jadual Kumpulan B – EURO 2012
9 Jun – 11:55 malam | BELANDA vs DENMARK
10 Jun – 02:45 pagi | JERMAN vs PORTUGAL
13 Jun - 11.55 malam | DENMARK VS PORTUGAL
13 Jun – 02:45 pagi | BELANDA vs JERMAN
17 Jun - - - - 02.45 pagi | PORTUGAL VS BELANDA
17 Jun - 02.45 pagi | DENMARK vs JERMAN

Jadual Kumpulan C – EURO 2012
10 Jun – 11:55 malam | SEPANYOL vs ITALI
11 Jun – 02:45 pagi | IRELAND vs CROATIA
14 Jun – 02:45 pagi | SEPANYOL vs IRELAND
14 Jun – 11:55 malam | ITALI vs CROATIA
18 Jun – 02:45 pagi | CROATIA vs SEPANYOL
18 Jun – 02:45 pagi | ITALI vs IRELAND

Jadual Kumpulan D – EURO 2012
11 Jun – 11:55 malam | PERANCIS vs ENGLAND
12 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs SWEDEN
15 Jun – 11:55 malam | SWEDEN vs ENGLAND
16 Jun – 02:45 pagi | UKRAINE vs PERANCIS
20 Jun – 02:45 pagi | ENGLAND vs UKRAINE
20 Jun – 02:45 pagi | SWEDEN vs PERANCIS

Pasukan pilihan ialah Sepanyol... dan England dan Fernando Torres...hahahah.

Torres dalam Piala Dunia 2010 yang lalu


Berjayakah Sepanyol menjadi juara kali Euro 2012? Mengikut cerita di internet di sini, Torres akan menjadi pemain utama dalam skuad Sepanyol kali ini walaupun prestasinya bersama Chelsea dipertikaikan baru-baru ini.

Torres semasa bersama pasukan Liverpool


Jom saksikan Torres bermain untuk Sepanyol dalam Euro 2012 nanti. Saksian skillnya yang bermain dalam liga Inggeris bersama dahulunya kelab Liverpool dan kini Chelsea bersama rakan-rakan Sepanyolnya... Go spaniard!


semasa perlawanan persahabatan antara Liverpool dan Singapora


nota: gambar dan klip video dari laman internet


Selasa, 5 Jun 2012

Kilim Geoforest Park, Langkawi 2010

Catatan perjalanan ke Langkawi pada tahun 2010.

Cumanya kali ini ingin mencatatkan kenangan ke Kilim Geoforest Park. Owh... ini bukan trip islands hopping yang telah kami lalui pada tahun 2009. Ini satu trip lain di Kilim. Harganya agak mahal dari islands hopping, tapi memang berbaloi.

Kilim Geoforest Park
deretan kapal berlabuh

hutan paya bakau
 
menuju ke laut lepas - laut andaman

laluan melihat batuan berusia beribu tahun


hidupan hijau mampu subur diatas batuan



ikan dan helang...

 Siapa sangka Langkawi ini begitu indah. Tidak perlu ke Phuket atau Phi Phi island di luar negara. Cukup menikmati keindahan itu di Malaysia. Jom ke Langkawi.

Isnin, 4 Jun 2012

Jemputan ke Bangkok, Thailand

Kononnya ada cadangan mengajak ke Bangkok untuk melawat beberapa buah universiti di sana. Melihat mengenai tadbir urus dan kewangan universiti Thailand yang berjaya meletakkan mereka dalam senarai 200 ranking dunia.

Telah maklumkan urus setia yang mengaturkan perkara ini agar jadual lawatan dibuat selepas program Jelajah Eropah 2012 iaitu selepas 9hb Julai, dan sebelum bulan Ramadan tahun ini. Telah juga membelek-belek kalendarnya. Tempoh yang sesuai cuma seminggu itulah - 11hb -13hb Julai 2012, Rabu, Khamis dan Jumaat. Minggu depannya telah mula berpuasa.

Kalau ada rezeki ke Bangkok atas urusan rasmi ini, akan diaturkan agar entourage yang lain balik pada 13hb itu manakala diri ini akan memanjangkan tempoh itu untuk lagi dua hari - Sabtu dan Ahad - atas perbelanjaan sendiri. Kenapa? Kerana dua hari itulah ada pasar Chatuchak yang terkenal besar dan luasnya itu. Boleh nanti membelek dan membeli belah di pasar itu.

Kalau ada rezekinya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...